Mister Potato Crips Edisi Terhad Perisa Ketam Cili Yang Betul-betul Menyengat

Disember 23, 2018
Wowww !! Menyegat juga rasa potato crips edisi terhad perasa ketam api ni. Mula-mula cuba tak terasa lagi bila dah pekena 3/4 keping dah terasa dah ia punya crispy tu. Rasanya pun boleh tahan sedap juga. Memang terasa perisa ketamnya ni. Berbaloilah juga beli dengan nilai Rm 2.89 ni. Kandungannya pun lebih banyak berbanding yang sebelum ini. Inipun terpaksa berebut dengan si kakak kecil ni. Dia ni memang pengemar mister potato. Itu yang kadangkala terpaksa main sembunyi-sembunyi.


Mana-mana perisa dia belasah aje tapii biasanya kalau untuk dia kita bagi yang perisa ubi purple itu je. Kira perisa tu je yang paling sesuai untuknya. Tak masin dan tawar sikit berbanding dengan perisa yang lain. Budak-budak katakan itupun dia makan share dengan dengan sorang lagi anak buah. Hari ni tinggal dia sorang..berebut dengan kita ajelah jawabnya.


Tapii yang peliknya boleh pula dia makan berkeping-keping potato crips ni. Tak rasa pedas ke lidah dia tu..

Potato crips yang ni rasanya bukan yang terbaru dekat pasaran sebab tiada pula cop bagitau ia keluaran terbaru ke apa. Edisi terhad tu betul ! Inipun beli kebetulan keluar pasaraya petang semalam. Ingatkan nak beli yang perisa kentang purple tu sekali ini je yang berada berdekatan pun. Malas nak berjalan masuk ke dalam lagi. Rembat aje mana yang berada berdekatan. Walaupun dah beli benda lain untuk dia still nak berebut juga potato crips ni dengan kita. Kakak..kakak.. dah besar dah rupanya anak buahku sorang ni. Esok lusa dah nak dapat adik tapi manjanya tetap juga macam ni.



Korang dah rasa ke potato crips perisa yang ni?? Macamana ada yang tak boleh terima ke??





Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com