Tidak perlu berpeluh bagi menghilangkan kesan minyak degil, hanya dapatkan pakar ini! WD-40® - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, December 20, 2018

Tidak perlu berpeluh bagi menghilangkan kesan minyak degil, hanya dapatkan pakar ini! WD-40®


Tidak perlu berpeluh bagi menghilangkan kesan minyak degil, hanya dapatkan pakar ini! WD-40® | Kini bulan baharu telah tiba sebelum menuju ke akhir tahun dan sesuatu yang baharu pula akan bermula. Ini menunjukkan lebih banyak musim perayaan akan berlangsung sepanjang bulan ini!
  
Bermakna anda perlu bersedia untuk memastikan rumah, tempat anda bekerja atau peralatan anda berada dalam keadaan bersih dan berkilat serta menarik sempena musim perayaan akan datang, dan juga bagi membolehkan anda bersedia untuk sesuatu permulaan yang baik sempena permulaan tahun baharu yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Bagaimanapun, perkara yang mengecewakan kebanyakkan orang adalah apabila mereka perlu membersihkan kesan kotoran atau minyak (gris) degil. Mereka sedih apabila pemilik dianggap kurang teliti untuk membersihkan- atau pemalas untuk membersihkan- dan ini mampu menjejaskan suasana yang bermakna untuk diabadikan di media sosial Instagram.

Pernahkah anda mencuba membuang kesan kotoran minyak degil dan akhirnya kepenatan kerana tidak mampu membersihkannya? Nah, jika anda serius untuk melakukannya, anda hanya perlu membawa pakarnya iaitu WD-40® Specialist™ Fast Acting Degreaser (Pakar Penghapus Kesan Minyak Pantas WD-40®) . Penyelesaian berasaskan air yang bertindak pantas menanggalkan kesan berminyak, gris, kotoran, sabun dan sisa kotoran degil. 


Buihnya mempunyai fungsi terbaik dan cepat bertindak serta menyerap di atas permukaan yang anda mahu bersihkan, dan ia juga mudah dibersihkan. Dan ia boleh digunakan pada pelbagai jenis permukaan, termasuk besi, penutup ekzos dan lantai. Dan, paling penting ia adalah selamat digunakan untuk besi, kaca, plastik, getah, aluminium, termasuk permukaan bercat!

Bagi kesan minyak degil, hanya perlu biarkan beberapa saat untuk membolehkan formula ini  menembusi bahagian yang hendak dibersihkan, sebelum anda lap. Produk ini juga bagus untuk membersihkan roda aloi, rim tayar dan komponen enjin.



Penghapus kesan minyak ini juga mematuhi arahan Sekatan Bahan Berbahaya (RoHS), yang bertujuan untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar yang bertindak menghalang bahan terlarang dan berbahaya seperti logam berat dan bahan kimia persisten Brominated Flame Retardants (BFR).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pakar Penghapus Kesan Minyak Pantas WD-40®, boleh melayari http://wd40.asia/wdsp-degreaser.




3 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************