Review : Petal Velvet Sunscreen Yang Betul-betul Mengujakan - Ciktie Dot Com

Breaking

Friday, December 21, 2018

Review : Petal Velvet Sunscreen Yang Betul-betul Mengujakan


Review : Petal Velvet Sunscreen Yang Betul-betul Mengujakan | Siapa tak teruja bila tiba-tiba dapat mesej daripada ninja, kemudian selang beberapa jam ataupun sehari kemudian, kita terima parcel pink pula. Nak-nak pula ia diterbangkan khas dari jauh semata-mata untuk kita. Memang teruja habislah.

Dah hampir sebulan dah rasanya mencuba produk ekslusif keluaran Althea Korea ni. Ini bukan dikategorikan mencuba dah sebenarnya tetapi memang dah menang memakai dah pun. Bukan main berbunga-bunga rasa dalam hati bila sudah mengenakannya. Barang elok mana tak seronok. Itu yang syok sangat sampaikan terlupa dah share ataupun belum dengan korang semua.


Review : Petal Velvet Sunaway SPF 50+ PA++++ Yang Begitu Mengujakan

Kalau nak tahu, Petal Velvet Sunaway ini adalah produk terbaru Althea Korea. Ia bertindak sebagai sunscreen yang berupaya melindungi kulit kita daripada sinar UV sepanjang hari. Sebelum kita keluar rumah ataupun sebelum mengenakan apa-apa makeup pada kulit wajah kita pastikan kita mengenakan perlindungan terlebih dahulu. Ini penting untuk melindungi kulit kita dari menerima terus-menerus pancaran UV masuk ke dalam kulit tanpa sebarang perlindungan. Taknaklah nanti kulit kita terbakar (sunburn) ataupun terdedah kepada pancaran uv macamtu je walaupun kita jarang-jarang berada di luar.

Kepentingan mengenakan sunscreen setiap hari
Sunscreen !! Memang amat penting untuk melindungi kulit kita. Ia lebih kurang dengan sunblock. Tapi ia bukan sunblock.


Perbezaan sunscreen dengan sunblock

Sunscreen
Tabir suria atau tabir surya adalah losyen kimia kimiawi yang berfungsi sebagai penyaring sinar matahari. Lotion sunscreen masuk ke dalam kulit dan akan menyerap UV radiation sebelum mencapai lapisan kulit dan merosaknya. Namun, tetap akan ada bagian sinar matahari yang terserap oleh tubuh. Tekstur pelindung matahari lebih tipis dan akan kelihatan tidak kelihatan ketika diaplikasikan.

Sunblock
Mengandung mineral seperti zink oksida atau titanium dioksida yang membina lapisan di atas kulit permukaan, berfungsi sebagai dinding penghalang kulit dari sinar matahari. Tekstur losyen sunblock lebih kental, berwarna putih susu, dan boleh terlihat jelas oleh mata. Sunblock adalah perlindungan terbaik jika anda mempunyai jam berjam-jam di bawah matahari, seperti berenang atau bermain di pantai.


Dirumus dari formula pelembap dan damask rose extract yang bertindak menghidrat dan mengekalkan kelembapan sepanjang masa sekaligus membuatkan kulit kita tetap kelihatan lebih segar, awet muda, licin dan tak mudah kering. Ia  juga mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit kita akan dilindungi sepanjang hari. Tapi penggunaannya tak bolehlah sekali sehari je. Mana mampu ianya nak cover aktiviti kita sepanjang hari macamtu. Paling sikit penggunanya pun 2 kali sehari kot.




Kandungan Petal Velvet Sunaway

Damask rose Extract - membantu menghidrasi dan menenangkan kerengsaan kulit secara mendalam menjadikan kulit berasa sihat. 
Minyak geranium - membuatkan kulit lebih berseri serta mampu menyembuhkan jerawat.
Formula pelembap - Menyediakan penghidratan kulit yang mendalam



Apa yang ciktie suka dengan produk ekslusif terbaru Althea ini adalah teksturnya ringan, tidak pekat dan tidak juga terlalu cair selain ia cepat meresap. Sesuai untuk semua jenis kulit, tidak berminyak ataupun bercapuk. Nampak biasa aje tak nampak macam kita pakai apa-apa pun pada warna tona kulit walaupun ia sebenarnya berwarna putih. Sesetengah sunscreen itu menyebabkan tona kulit kita berbeza selepas memakainya, nak-nak lagi kalau ianya berwarna putih macam ni. Ada tu memang nampak ketara sangat perbezaannya tu. Dengan berminyak dan bercapuk pula alahaiui itu yang ciktie tak gemar dan  cuba elakkan sebenarnya.

Lagi yang bestnya Petal Velvet Sunaway yang berharga Rm43 ini adalah baunya tu. Best, lembut je. Bau dia macam green tea pun ada..macam bau herba pun ada juga sebenarnya 🤔🤔. Tapi bestlah bau dia, lembut je. Packaging ia pun menarik, comel je memang senang nak bawa ke mana-mana. Masuk kocek pun boleh. Nak travel lagilah mudah nak bawa ni tau.



Nak guna pun mudah je. Just goncang dulu sebelum tekan. Sapu dekat muka beberapa titik (kalau boleh janganlah sikit sangat takut cepat habis ke macamana. Nanti ia tak melindungi kulit kita sepenuhnya) dan ratakan camtu. Memang lembut je testurnya ni. Bila mengenakan bedak langsung tak bercapuk.


Hadir bersamanya adalah Petal Velvet Powder !! Iaitu loose powder kegemaran ciktie. Ada 3 kode iaitu translucent, warm beige dan juga pink lavender. Ciktie dah cuba dah ketiga-tiga loose powder ni. Best !! Setiap daripada mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Bau pun lain-lain. Kalau nak tahu, ianya macam bedak debu/serbuk yang kebanyakan kita guna sebagai sentuhan terakhir untuk mengekalkan solekan ataupun menaikkan seri wajah. 




Tapi ciktie guna sebagai bedak biasa je. Tak tebal sangat biasa-biasa je. Testurnya lebih halus. Packagingnya pun menarik. Comel sangat..Yang pink lavender ni lagi best sebenarnya dan  ia keluaran khas sempena ulangtahun Althea Korea yang ke-3 tahun ini.



Kandungan Petal Velvet Powder
Ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar negeri dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.
Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV
Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua




Kandungan Petal Velvet Powder #PinkLavender
Ekstrak Lavender Soothes irritations membantu memperbaiki kulit. Ia juga mempunyai ciri aromaterapi untuk menenangkan deria
Lecithin terhidrogenasi - Conditions dan melembapkan kulit
Glycerin - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi





Mana nak dapat?? Boleh dapatkan dari website AltheaKorea. Tapi untuk penjimatan kedua-dua produk ini, ciktie cadangkan korang dapatkan Set Petal Velvet di website ia tu ataupun klik je >> https://my.althea.kr/althea-exclusives/petal-velvet << Sekarang ini ada diskaun 10% tau.  Jangan lambat-lambat tau nanti tak dapat !! Penghantaran memang cepat !! Order sekarang sebelum tahun baru korang dah dapat pesanan korang ni..




6 comments:

  1. suka jugak sunaway ni! sebab tak kelabukan muka hehe

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kena pakai bila nak bersukan nanti...

    ReplyDelete
  3. sama la cik tie..k.fiezz pun dah jadi penggemar produk Althea ni..kat meja mekap tu, majoriti brand althea je..hehe

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************