Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1

Disember 30, 2018
Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1 | Susu packet kecil-kecil 2 in 1 camni kita jangan tak tahu dengannya kita boleh gantikan susu segar ataupun santan untuk sediakan dessert ataupun menu utama makanan seharian kita ! Ialah kadang-kadang tu kita terbeli susu dalam paket 2 in 1 kekonon nak cuba. Lepas tu tak boleh nak terima. Dari membazir macam tu lebih baik guna untuk buat hidangan lain 😘Cuma sukatannya tu bergantung kepada kita ajelah nak banyak mana. Macam ciktie sendiri, ciktie guna 3 packet susu Orgalac ala-ala 2 in 1 ini untuk buatkan puding roti kukus ini. Ianya cair sikit disebabkan sukatan air terlebih sikit. 

Sebenarnya ini kali pertama ciktie guna susu packet kecil-kecil camni penganti susu cair. Alhamdulillah, hasilnya pun tidak mengecewakan sama sekali. Boleh tahan sedap juga. Kat sini ciktie nak kongsikan cara penyediaan Puding Roti Kukus Menggunakan Paket Susu 2 in 1 ala-ala Orgalac ! Lagipun kat sini senang nak rujuk bila diperlukan nanti. Nak-nak bahan-bahannya pun simple je. Memang tak susahlah nak buat..


Resepi Mudah : Puding Roti Kukus Menggunakan Packet Susu 2 in 1 

Bahan

10 keping roti Gardenia - potong cube / carik-carik kecil-kecil
3 packet kecil susu 2 in 1
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur
1 sudu besar gula
1 liter air
Secubit garam
Sedikit mentega - untuk disapu pada loyang

Cara Penyediaan

  1. Roti yang telah dipotong/ dicarik kecil-kecil disusun dalam loyang yang telah disapu mentega disekelilingnya dan ketepikannya.
  2. Susu kambing, air, secubit garam, esen vanilla, gula dan telur di blend  semuanya  sehingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan bahan 2 (bahan yang di blend) ke atas potongan roti tadi.
  4. Seterusnya taburkan kismis / almond 
  5. Dan, kukus ianya selama 30 minit. 
Dah siap ! Senang je kan 😄😄
Selamat mencuba !!



Share this :

Previous
Next Post »

8 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com