Sinopsis Drama Jibril

Disember 26, 2018
Sinopsis Drama Jibril | Walaupun drama ni dah ditayangkan sejak bulan Oktober lagi tapi sekarang baru sempat nak layan. Entah nape tak sempat nak layan episode awal-awal ia ni. Tapi drama ni best. Disebabkan ciktie baru je layan 2 episode jadi taktau sangat apa sebenarnya yang telah berlaku. Yang jelas Lisa Surihani dalam drama ni musuh dalam selimut. Lontar batu sembunyi tangan camtulah. Apa sebenarnya yang telah berlaku disebalik pembunuhan itu masih lagi tertanya-tanya ni. Tapi takpe tunggu ajelah sambil-sambil tu boleh sama-sama layan dengan family. Betul tak??

Lisa Surihani

Bersiaran di TV9 setiap hari Selasa 11.00 malam. Siapa yang tak tengok lagi bolehlah berbuat demikian sambil-sambil mengisi masa terluang bersama keluarga.

Dibintangi oleh Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Sangeeta Krishnasamy, Rusdi Ramli, Nadia Aqilah, Fezrul Khan


Sinopsis Drama Jibril

Mengisahkan seorang peguambela, Jibril Azym yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Terdapat juga kisah lampau yang menunjukkan bagaimana Jibril memilki sifat luar biasa tersebut. Urutan peristiwa ini membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri. Jibril dibantu oleh pembantunya yang juga seorang peguam iaitu Jackie.


Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. Mungkin saya baru berminat dalam cerita nu... Saya x puas hati dngn ending yg gantung ...hmm... Xde penjelasan knpa yassin blh hidup balik.. Dan adakah Jibril Zerkala / Hamra.. Bnyk persoalan belum terjawap dalam cerita ni..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com