Sinopsis drama Pujaan Hati Kekanda - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, December 27, 2018

Sinopsis drama Pujaan Hati Kekanda


Sinopsis Pujaan Hati Kekanda | Wowww !! Bestlah promo Pujaan Hati Kekanda ni. Bukan promo je ni jalan cerita dan lagu ostnya Pujaan hati by Adira Suhaimi pun best. Cuma itulah tak sempat nak layan lagii walaupun ianya dahpun bersiaran mulai 20 Disember lagi. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam  yang menghiasi slot akasia.

Remy Ishak

Drama 28 episode yang diadaptasi dari novel karya Aulia Iman ini menampilkan gandingan mantap Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai peneraju utama. Sebelum ini dah tengok dah gandingan keduanya dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan. Sesuailah gandingan keduanya tu 😍😍 nampak sepadan !!


Sinopsis drama Pujaan Hati Kekanda

Mengisahkan Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun semasa hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. 

Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahannya dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. 

Dalam kesulitan dan secara tak sengaja, Danny bertemu dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. 


Tanpa diduga, cinta mula berputik diantara keduanya. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.  Tiara yang telah tamat pengajian pula terpaksa pulang ke kampung bersama bayi itu dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kematian isteri.  

Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi dan macamana pula hubungan cintanya dengan Tiara ?? Nanti kita sama-sama tengok ajelah ye

10 comments:

  1. sempat tengok iklan saja. belum berkesempatan tengok lagi. huhu selalu pukul 7 sofia dah didepan tv dgn ninja turtle dan upin ipinnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah..tapi yang lagi menyebabkan tak sempat layan masanya tu hebe terpaksa berkejar

      Delete
  2. follow gak citer ni..hehe..best..sbb ada abam remy..tapi paling penting ada baby iqy yg somel tu...

    ReplyDelete
  3. Baru sempat tengok episod 1 je. best gak

    ReplyDelete
  4. suka tengok budak tu brlakon hihihi

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox