#2018Bestnine

Disember 31, 2018
#2018Bestnine | Tinggal lagi beberapa detik je tahun 2018 akan meninggalkan kita semua. Pelbagai cerita suka dan duka yang telah kita lalui sepanjang 365 hari ini. Seperti tahun sudah ciktie tak melepaskan peluang untuk membuat #2018bestnine !!  Ada peningkatan nampaknya bilangan like ciktie tahun ni. Alhamdulillah !!  Haa inilah 9 picture yang telah berjaya mencuri perhatian sepanjang tahun ini. Tak adalah gempak dan banyak macam blogger lain tapi ini pun sudah cukup bermakna dah. Ada juga insan lain yang sudi turut sama mewarnai.. menemani hari-hari sepanjang tahun ini.

Sebenarnya bukan jumlah like itu yang menjadi isunya tetapi cerita disebaliknya. Tapi kalau dapat like nya tu banyak-banyak seronok juga. Tipulah kalau tak seronok.. tak suka !! Susah-payah kita seting dan pilih posisi nak snap gambar tu haha lain pula ceritanya ni. 

Daripada 9 gambarnya ni.. apa yang boleh ciktie simpulkan sebenarnya adalah semuanya bermula dengan langkah pertama !! Untuk melangkah kita perlukan kekuatan dan sokongan walaupun tak banyak. Kekuatan itu pula sebenarnya kena lahir dari dalam diri kita sendiri. Orang push macamana pun kalau kita tak berani, tak kuah susah juga.. Tapi kalau dah ada kekuatan itu dalam diri kita, apapun yang diperkatakan orang ataupun sebanyak mana kita diperlekehkan semua itu tidak menjadi duri dalam daging kita.

Ditambah pula dengan dorongan dan sokongan dari orang sekeliling ataupun mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang tu pula, terasa terharu pula. Secara automatik kita akan cuba buktikan kemampuan diri dan buat terbaik demi mereka !!

Oklah cukup setakat ini dulu. Selamat menyambut tahun baru semua. Semoga tahun 2019 yang bakal mewarnai hidup kita lebih baik lagi. In Shaa Allah, Aamiin. Hingga bertemu lagi



Share this :

Previous
Next Post »

8 ulasan

  1. salam tahun baru masihi 2019 ciktie. semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya ^_^

    BalasPadam
  2. Semoga terus dipermudahkan segala urusan di tahun 2019 ni ciktie :)

    BalasPadam
  3. Selamat Tahun Baru 2019 Cik Tie :)

    BalasPadam
  4. Rasa macam 2018 sendu ja.. Tapi bila tengok balik best 9, baru rasa mcm Ya Allah my 2018 wasn't that bad pon.. Jeles tengok ada orang like sampai ratus ribu hahahaha

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com