Bonus Penjawat Awam RM 500 Dan Pesara RM 250 dibayar penghujung tahun 2018| Alhamdulillah, tahniah korang !! Tahniah juga buat diri sendiri. Balik petang tadi sempat juga mendengar pembentangan Bajet 2019 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan kita iaitu YB Tuan Lim Guan Eng sikit walaupun tak banyak 😍😍

Pembentangan Bajet

Sambil-sambil melayan kerenah anak-anak buah bermain, antara dengar tak dengar ajelah pembentangan itu tadi. Apapun terima kasih kerajaan baru. Kalau tahun sebelum ini pembayaran bonus itu dibuat pada tahun yang akan datang tapi kali ini pembayaran itu dibuat pada tahun semasa iaitu tahun ini juga. Alhamdulillah, syukur !! Masih berpeluang menikmati bonus lagi untuk kali ini. Tapii kesianlah pula dekat officemate tu. Bertambah-tambah pula kerjanya sebaik habis cuti bersalin ni. Dahlah akak sorang lagi yang buat kewangan tu dah nak pencen lagi 2 minggu je ni 😥😥

Apapun semoga akan ada berita baik lagilah selepas ini ye. In Shaa Allah, aamiin


Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »