Sinopsis Novel Date Me ... for ten times

November 29, 2018
Date Me ... for ten times | karya Azura Rasiddin dan terbitan Penulisan2u. Sebenarnya ini dah kali ke-2 ciktie baca novel 652 mukasurat ni. Kali pertama masa mula-mula beli awal tahun lepas dan ini kali pulalah.

Bila dah mula membaca dengan sendirinya tak boleh nak berhenti dah. Bila berhenti terasa macam ia memanggil-manggil je. Tak sabar nak tahu apa kesudahannya.


Sinopsis Date Me

Mengisahkan seorang penulis novel Thriller, ED (Red) yang ingin merebut kembali haknya yang telah diambil oleh kawan baik arwah bapanya merangkak rakan kongsi, Encik Khairul. Encik Khairul mempunyai 2 orang anak, Kaysa Adara dan Khalil Asyraf.

Pertemuan secara tidak sengajanya dengan Kaysa Adara telah menyebabkan Kaysa terasa sesuatu dalam dirinya dan dia mengharapkan akan ada pertemuan yang seterusnya. Menyedari keadaan itu, Ed telah mengambil kesempatan menggunakan Kaysa untuk mencapai matlamatnya. 10 kali date !! Itulah permintaan ED kepada Kaysa sebelum menjalinkan hubungan walaupun mempunyai perasaan bersalah dan ragu-ragu apatah lagi dia tidak mempunyai perasaan sayang ataupun cinta.

Kaysa dilayan sebaiknya. Dia berusaha untuk tidak melukakan hati Kaysa walaupun dia tahu apa yang dilakukannya adalah kejam. Tanpa sedar dia telah terpaut dengan sikap manja dan bersahaja Kaysa. Hatinya yang selama ini dingin dan beku mula dipenuhi bahagia. Dihimpit rasa bersalah dengan rancangannya sendiri, dia memutuskan untuk melepaskan Kaysa dengan membongkar sendiri rahsianya.

Best novel ni.. kadang-kadang apa yang kita lihat di depan mata bukan sepertinya itu. Jauh panggang dari api. Sebab itulah juga kita digalakkan untuk bertanya kan ✌️✌️


Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Tetiba rasa nak tahu apa akan berlaku. Nanti nak baca juga la

    BalasPadam
  2. Kaysa.. Cantik nama tu..
    Macam best.. Thank you cik tie sudi berkongsi.. Hehe

    BalasPadam
  3. Kalau dah rasa addicted nak baca tu memang best lah maksudnya ciktie walau tebal novel tu.

    BalasPadam
  4. bestnyaaa dapat jugak layan novel ni. fav masa lapang azah suka gak baca novel tapi since sibuk dengan kerja, novel pulak yang baca kita :P

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com