Lazada 11.11 - Unboxing Time !!

November 19, 2018
Lazada 11.11 - Unboxing Time !! | Time to unboxing !! Seronok tengok kawan-kawan dekat Facebook terutamanya yang berjaya rebut peluang shopping di Lazada sempena 11.11 hari tu. Shopping dekat sana memang best tapi yang tak bestnya kena berebut-rebut nak dapatkan satu-satu barang tu. Kalau dah dapat sangkut pula masa nak buat pembayaran tu. Rasanya macam dah cepat tapi rupanya ada orang lain yang lagi cepat. Dalam duk remind tu tengok-tengok dah sold out !! Entah bila dan macamanalah diorang semua ini shopping sebenarnya #taksempatakaknakshoppingdikoii aduhai ! Sabar ajelah.

Ciktiedotcom

Blog ciktie

Nak kata tak buat wishlist awal-awal dah buat dah tapi kebanyakan barang yang masuk wishlist tu harganya macam tak berubah jadinya terpaksalah rajinkan jari-jemari ini cari barang lain sebagai gantinya. 

Kalau ikutkan hari tu, Lazada bukan setakat offer barangnya sehingga 90% tapi siap offer voucher dan free shipping lagi untuk sesetengah barang. Lepas tu dia buat games, shake it dan banyak lagilah. Ciktie dengar kata ada yang berjaya dapat tu. Bertuah orang tu. Tahniah ye kita cuba juga tapi hahaha

Blog ciktie

Sempena jualan 11.11 Lazada baru-baru ini, yang ini ajelah yang sempat ciktie beli hari tu. Nak juga dapatkan Milo tu tapi tak berjaya. Tapi kira oklah, berjaya juga tambahkan satu lagi koleksi Powerbank Pineng ini walaupun sebenarnya nak yang lain. Yang ini pun dah ok ! Dengan harga tak sampai rm30 termasuk pos memang berbaloi sangatlah. Penghantaran pun memang tip top. Cepat dan amat-amat memuaskan. 

Blog ciktie
Blog ciktie



Sebenarnya kalau diikutkan memang ada banyak jenis Powerbank ni tapi kalau nak tahu kenapa Powerbank Pineng jenis yang ini menjadi pilihan adalah kerana ianya :-
  • Senang, ringan dan nipis - mudah dibawa kemana-mana. Kalau malas bawa handbag boleh masuk poket seluar je.
Blog ciktie

Powerbank Pineng

  • Cable dah sediada disebelahnya - memang dia didatangi dengan 2 cable ! 1 yang panjang dan 1 yang pendek (warna kuning) yang disambungkan terus kepadanya. Jadi tiada masalah sangatlah kalau tertinggal ataupun tercicir cable yang putih itu dekat rumah ataupun pejabat.
Lazada 11.11

Blog ciktie

Apapun tak sabar nak tunggu jualan Lazada sempena 12.12 tu nanti. Harap-harap berjayalah keluarkan 2 barang dari wishlist tu nanti kan. Apakah ianya itu ?? Sabarrrr ye ! Berjaya nanti ciktie bagitau apakah ianya itu 😜😜


Share this :

Previous
Next Post »

14 ulasan

  1. oo kena buat wishlist la. nanti 12.12 kita beli barang online. mek tak membeli pun 11.11

    BalasPadam
  2. ya Allah harga dia! ruginya tak tengok haritu sebab adik ada suruh carikan dia PB huhu

    BalasPadam
  3. 11.11 hari tu tak sempat nak beli apa2.. Just tgk2 usha je buh dalam bakul hihi

    BalasPadam
  4. kwani pun beli yang macam ni jugak tapi mcm ada probelm, kong ke apa power bank ni huu

    BalasPadam
  5. Wow jimat betul bila beli time sale 11.11 tu yer

    BalasPadam
  6. Sempat grab powerbank 11.11 yer.
    Heheeh ccl add to card nak shopping ring light rm3.50 jerr..tapi xsempat .huhuu

    BalasPadam
  7. murah2! aira dah la takde powerbank, tak terfikir pulak nak nyoping haritu.hehe

    BalasPadam
  8. Cik Ash tak shopping 11.11 tutup mata sebab nak guna duit untuk benda lain lagi hahaha.. Nanti 12.12 kena buat list gak

    BalasPadam
  9. Untunglah sempat grab harga sale tu. berbaloi sangat kan.

    BalasPadam
  10. Alahai..cantiknya powerbank itu..bestnya shopping di lazada tu kak tie.

    BalasPadam
  11. Ada juga powerbank ni warna pink. Memang ringan dan mudah bawa ke mana mana

    BalasPadam
  12. terus k.fiezz cari gak powerbank tau kat Lazada bila nmpk cik tie share kat IG haritu...kebetulan powerbank kat rumah mmg byk dh out of service pun...

    BalasPadam
  13. PB masuk dalam list..nak cari backpack dulu..hehe

    BalasPadam
  14. Cikla masa 11.11 ritu sempat juga smbar henbeg dgn jam. Haha. Jadilah..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com