Keputusan UPSR 29 November Ini - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, November 25, 2018

Keputusan UPSR 29 November Ini


Keputusan UPSR 29 November Ini | Macam sekejap je rasanya masa berlalu. Sekarang ini pun dah cuti sekolah. Mana-mana jalan dalam bandar Kota Bharu ini pun dah mula sesak. Para ibu pun ada yang dah mula membuat persiapan persekolahan untuk sesi persekolahan yang akan datang. Masing-masing pun tak mahu membuat persiapan di saat-saat akhir. 

Keputusan UPSR pun bakal diumumkan tak lama lagi. Tinggal lagi beberapa hari je. Apapun ciktie percaya setiap dari adik-adik kita telah pun berusaha sepenuhnya memberikan yang terbaik.  Macamanapun keputusan yang bakal keluar nanti semoga adik-adik kita dan juga ibubapa serta penjaganya itu dapat menerimanya.




Keputusan ini boleh diketahui mulai pukul 10.00 pagi - 29 November 2018 nanti di sekolah masing-masing. Bagi pelajar yang tidak dapat mengambilnya sendiri nanti jangan risau sebabnya waris anda dibenarkan untuk mengambilnya nanti.

Ibubapa dan penjaga juga boleh membuat semakan keputusan UPSR melalui mySMS ke nombor 15888. Perkhidmatan ini akan dibuka / diaktifkan pada 29 November 2018 (10.00 pagi) sehingga 08 Disember 2018 (6.00 petang). Lama tu ianya dibuka tu. Semakan keputusan UPSR dan PASR (Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah) ini juga boleh dibuat melalui portal  lembaga peperiksaan iaitu di lp.moe.gov.my

Cara membuat semakan melalui mySMS

Taip UPSR >jarak< ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

Contoh :-
UPSR DA09912457 hantar ke 15888





2 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox