11.11 Blogger Contest : 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE is here! - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, November 1, 2018

11.11 Blogger Contest : 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE is here!


November datang lagi !! Maknanya Festival Membeli belah Sehari di Lazada Malaysia dengan harga Serendah RM1 dan diskaun sehingga 90% kembali lagilah korang ! Dengan baucar tunai bernilai RM11,000,000 Slash It dan Shake It nya lagi memang bestlah shopping walaupun bukan selalunya ciktie dapat join Shake It dan Slash It tu. Inipun member office  dah tanyakan pasal Lazada 11.11 !!

Kalau sebelum ini, beg tangan dan barang peralatan serta perkakasan dapur yang menjadi pilihan tapi kali ini ciktie nak cuba usha-usha gajet dan laptop lah pula. Bukan usha-usha lagilah, nak cuba dapatkannya pula..mana tahu boleh tambahkan koleksi ke macamana kan ??

Dua tiga menjak ni, phone ciktie cepat betul kehabisan bateri. Dalam sehari itu kadangkala dua tiga kali terpaksa caj. Nasib baiklah juga ada powerbank - si kembar phonenya ini. Dapatlah juga membantu. Cuma kalau nak caj semula ia tu yang ada masalahnya sikit. Charger nya lupa bawa !!

Lagi satu masalah ciktie adalah suka snap gambar !! Mana-mana pergi mesti nak snap gambar. Nak-nak gambar anak buah 3 orang tu. Lepas itu nak buang pula sayang. Jadi memang penuhlah memori phonenya ni. Kalau sebelum ini lepas snap terus pindahkan ia ke notebook tapi sejak ia rosak ni hmmm memang susahlah sikit jadinya. Nak tak nak terpaksa juga buang walaupun sayang.

3 Barangan Yang Akan Menjadi Pilihan Ciktie Sempena Jualan 1 Hari 
Powerbank


memang dah ada dah satu sebelum ini ! Tapi tiada salahnya kalau nak tambah satu (1) lagi untuk back-up. Manalah tahu kalau terpaksa travel ataupun ada majlis ataupun program apa-apa tiadalah susah hati sangat bateri cepat habis pun. Nak snap gambar pun tiada masalah sangat pun hehe


Pengecas telefon 

charger ni pun penting !! Nampak je macam lekeh tapi tanpanya tak berhubung kita dengan dunia luar. Bukan dunia luar ajelah korang..nak buat panggilan pun susah tau. Dahlah sekarang ni public phone pun susah nak jumpa !! Dah jumpa, rosak pula adoii lagipun tiadalah ciktie terpaksa bawa charger dari rumah kalau nak kemana-mana.

Notebook 

Yang ini memang penting !!  Bukan setakat boleh pindahkan semua gambar dari phone kepadanya tetapi juga nak buat kerja pun mudah. nak-nak buat penyata, buat slide. Nak tengok movie pun boleh..nak taip entri lagilah boleh !! Tiadalah kena pinjam orang punya hehe 

Jadi sempena 11.11 Shopping Festival THE BIGGEST ONE DAY SALE - 11 November di Lazada Malaysia nanti, jangan  lepaskan peluang untuk dapatkan barangan pilihan kita dengan harga yang lebih rendah. Kalau tak nyesallah korang. Setahun sekali je peluang ini tiba pun 





5 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox