Dettol ProFresh - Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, November 18, 2018

Dettol ProFresh - Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam


Deltol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri - Dettol ‘ProFresh' | Melihat anak-anak buah bergelak ketawa dan riang bermain sesama sendiri memang menyeronokkan. Sesekali membawa mereka bermain diluar memang jelas terpancar sinar keceriaan di mata setiap daripada mereka. Tapi tak bolehlah selalu. Paranoid juga sebenarnya kita ini. Bukan apa takut juga mereka terdedah kepada pelbagai jenis kuman yang berada berhampiran. Nak-nak lagi bila dah terjatuh, terguling semua itu. Alahaii hati sape yang tak risau.

Blog ciktie

Tapi sejak mendapat tahu Dettol telah melancarkan semula rangkaian Pembersihan Diri untuk melindungi kita yang hampir 1.97 juta isi rumah di Malaysia ini daripada 100 kuman berbahaya. Dah lega dah rasa dalam dada ini sikit. Anak-anak buah pun dah boleh bermain dengan tenang. Tiadalah terbatas sangat diorang nak bermain. Ini tak boleh, itu tak boleh hahaha cuma perlukan pengawasan je supaya tidak pergi jauh dari satu-satu kawasan. Biasalah budak-budak kecil..suka bermain kejar-kejar.

Blog ciktie

Blog ciktie

Haa bila bercerita tentang main kejar-kejar ni, biasalah sesiapa pun akan berpeluh. Tak main kejar-kejar pun dah berpeluh, ini kan pula anak-anak kecil yang bermain. Sudah berpeluh tu mulalah badan tidak selesa. Dengan baunya yang kurang menyenangkan, melekit dan ada masa-masanya terasa macam gatal-gatal camtu, mulalah masing-masing nak tanggalkan baju. Tapi sejak menggunakan Dettol Profresh ini, ianya tak berulang dah 😍😍

Hadir dengan 5 variasi yang menyegarkan iaitu Cool, Lasting Fresh,  Re-energize, Fresh dan Skincare. Tapi ciktie baru cuba  2 variasi iaitu Fresh dan Cool dah. Dua-dua  ciktie suka, best tau ! Tak percaya korang boleh cuba sendiri.



Dettol ProFresh - Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam 

Setiap ibu sudah semestinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.

Blog ciktie

Ciktie dot COM

Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia kini telah melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Tahniah Dettol !!

Kalau korang nak tahu, Dettol ‘ProFresh’ telah dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Manakala Dettol ‘ProSkin’ pula bertindak menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

Blog ciktie

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama Dettol komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini. Komitmen ini  sekaligus meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna seperti kita semua. Jadi, tidak hairanlah kenapa jenama ini sentiasa mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. 

Dan, inilah juga sebab kenapa Dettol lebih dikenali dengan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama dalam usaha jenama  ini mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi setiap keluarga di Malaysia daripada kuman. Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

Blog ciktie

Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.  Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan iaitu :-
  • ‘perlindungan bau’  - yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan 
  • ‘perlindungan kulit’ - yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. 


Produk pembersihan diri Dettol yang baharu ini dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.
Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura
Kim Minyoung
Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia & Singapura

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.
Blog ciktie

Blog ciktie

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi. 

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan iaitu Cool, Lasting Fresh,  Re-energize, Fresh dan Skincare.

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie

Blog ciktie

Dan kesemua produk rangkaian pembersihan diri ini boleh didapati dan dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

Yang Harus Kita Tahu Tentang Dettol 
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan merupakan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga.

Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.


5 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox