Pakar perlumbaan juga menggunakan WD-40® ! - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, November 11, 2018

Pakar perlumbaan juga menggunakan WD-40® !


Pakar perlumbaan juga menggunakan  WD-40® ! | Setiap motorsikal  memerlukan  penjagaan  dan penyelenggaraan  yang  tetap  untuk memastikan  ia  sentiasa  berada  dalam keadaan  terbaik.  Tidak  kira  sama anda menunggang  motorsikal  setiap  hari atau  bersama  kumpulan  motorsikal setiap hujung  minggu,  sudah  pasti  anda  boleh mengharapkan  tin  biru  kuning  WD-40® bagi  memastikan  perjalanan  anda berjalan lancar. Malah pelumba motorsikal profesional  juga menggunakan WD-40® ketika  mempersiapkan motorsikal mereka dalam setiap kejohanan.  

Terdapat beribu-ribu kegunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® ini dan menyelenggara motosikal adalah salah satu antara kegunaannya yang popular. WD-40® amat  berkesan dalam membersih dan melindungi bateri motosikal, serta memberi  pelinciran lancar terhadap kabel  dan  padel motorsikal.

blog ciktie

Bagi  mereka  yang  menggunakan  tin biru kuning  WD-40®  pasti  menyukai  produk ini kerana ia berupaya membersih, mengilat  dan  melindungi  pengisi  krom, permukaan  enjin  dan  sprocket  daripada terhakis.  Ia  juga  boleh  digunakan  untuk membuka  kunci  yang  terlalu  ketat,  atau sukar  dibuka.

Adakah  anda  tahu  bahawa Produk Pelbagai  Guna  WD-40®  juga  dapat menghilangkan  kelembapan  daripada palam  pencucuh?  Formulasinya berfungsi dengan  baik  walaupun  semasa  musim basah  seperti  banjir,  di  mana  motorsikal selalunya  sukar  untuk  di hidupkan. oleh itu, hanya sembur produk Pelbagai Guna WD-40® dan  biarkan  selama  beberapa minit, dan selesai! Kelembapan akan dikeluarkan dan motorsikal dapat dihidupkan  dengan  deruan  yang  vroom! Sebab  itu,  Pasukan  KMTR  Asia,  pasukan terkenal  di  Asia  yang  mengecapi  banyak kejayaan  dalam  litar  perlumbaan, turut menggunakan WD-40® untuk mempersiapkan  motosikal  mereka sebelum  Kejuaraan  FIM  Asia  Supermoto (FIM  Asia  Supermoto  Championship).

blog ciktie

blog ciktie

Selain itu, pasukan KMTR juga menggunakan  pelbagai  rangkaian produk WD-40® lain bagi mempersiapkan motosikal  lumba  mereka  supaya  dalam keadaan terbaik; WD-40® ini juga berfungsi  sebagai  Pembersih  Bahagian dan  Brek  untuk  membersihkan  bahagian-bahagian  brek  daripada  kotoran dan tanah  yang  terkumpul  dari  perlumbaan, Penghapus Kotoran Minyak untuk memberikan  pembersihan  yang  pantas untuk kotoran  dan  lumpur  pada  badan motorsikal;  Pelincir  untuk  memberikan pelinciran  maksimum  kepada  rantai motosikal.

Saksikan  perlumbaan  seterusnya  di Dataran  Merdeka  Kuala  Lumpur  pada  2 Disember  ini.  Jika  anda  berada  di sekitar kawasan tersebut jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri bagaimana profesional melakukannya dan  perhatikan perubahan  yang  dilakukan  terhadap motosikal  kesayangan  mereka  berikutan semuanya  menuju  ke  arah  perlumbaan akhir.

Untuk  maklumat  lanjut  mengenai Produk Pelbagai Guna WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/. Atau  layari Facebook  FIM  Asia  Supermoto  untuk maklumat lanjut  tentang  kejohanan

4 comments:

  1. Setiap rumah selalunya ada WD4o ni

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok orang pakai WD40 ni, kita tak pernah cuba lagi..nanti nak riki harga la..

    ReplyDelete
  3. okay, yg ni kena share dgn my brothers. thanks!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox