Frontliner | Terima Kasih

Mei 07, 2020
Ramadhan ke-16 dah kita hari ni. Alhamdulillah, semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu melaksanakan ibadat dalam bulan yang penuh rahmat ini dengan sempurna walaupun dalam keadaan kita macam ni. PKP fasa 4 dah pun dibatalkan dan diganti dengan fasa 5, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei hinggalah 12 Mei ni.
Sedikit demi sedikit peraturan PKP dilonggarkan bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dilaksanakan kecuali dikawasan-kawasan PKPD. Kawasan peraturan kawalan pergerakan yang diperketatkan.

Terima kasih Frontliner


Kelonggaran Peraturan Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB )

Bermula dengan seorang ketua keluarga yang boleh keluar diikuti dengan 2 orang dan kini 4 orang dah boleh keluar menaiki 1 kenderaan. Pergerakan daripada kurang dah pun boleh melebihi 10km radius. Dah boleh melepasi daerah..Cumanya untuk merentasi negeri ajelah yang tak dibenarkan lagi kecuali kepada mereka yang terkandas di kampung ataupun di mana-mana. Itupun perlu mendapat kebenaran daripada pihak pihak berkuasa dahulu sebelum memulakan perjalanan (Jadual pergerakan 4 hari sahaja bermula 7 Mei - 10 Mei) begitu juga jika melibatkan hal-hal kecemasan seperti kematian ataupun keluarga sakit.


Had masa pergerakan pun dah takde. Sekatan jalanraya pun kebanyakannya dah dibuka. Pasukan keselamatan yang membuat sekatan jalan raya pun yang dah berundur. 47 hari mereka sama-sama bergabung dan berkampung ditepi jalan. Berhujan dan berpanas dekat sana bagi memastikan keselamatan kita semua.



Terima kasih kepada semua frontliner. Kerana anda kami semua selamat. Kerana anda kami lebih terasa terjamin.


Harap kita-kita semua boleh terus bersabar dan sentiasa patuhi SOP KKM. Amalkan normal hidup baru.

Normal Hidup Baru

->Jaga kebersihan diri
->Cuci tangan dengan sabun
->Pakai mask
->Hand sanitizer jangan lupa bawa ke kemana jua kita pergi. Guna bila perlu.
->Jarakkan diri antara satu sama lain 1 meter.
->Elakkan ke kawasan ramai orang.
->Keluar hanya jika perlu.

Normal Hidup Baru rakyat Malaysia

Tiada keperluan, duduk je dekat rumah. #stayhome #staysafe Semoga apa yang kita dah usahakan selama ini tak sia-sia.

In Shaa Allah, minggu depan para frontliner kita di KKM akan mula bercuti secara bergilir-gilir selepas hampir 5 bulan bertungkus-lumus bekerja tanpa henti. Dapatlah diorang rest, jumpa family, anak-anak neutral kan semula semangat bekerja tu. Harapnya semuanya dalam keadaan terkawal dan para frontliner kita juga boleh tarik nafas lega.




PKPB untuk  fasa 5 ini pun tinggal beberapa hari je lagi. Samada ianya akan diteruskan ataupun  ditamatkan pun belum diketahui lagi. Mungkin esok ataupun lusa pengumuman mengenainya akan diketahui. Dengarnya ada zon hijau kembali kepada zon merah ye. Jenis kluster jangkitan pun turut bertambah, terkini kluster Pedas yang melibatkan pekerja kilang di Pedas, Rembau. Apapun sama-samalah kita jaga diri kita.




Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. Salam 16 ramadhan. Semoga frontliner semua sentiasa di dalam jagaan dan lindunganNya

    BalasPadam
  2. Semoga pendemik ini cepat berakhir

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. terima kasih barisan hadapan! thankyou front liners covid-19! moga Allah rahmati dan berkati segala pengorbanan dan setiap titik peluh mereka aamin :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com