1 Mei | Selamat Hari Pekerja - Ciktie Dot Com

Breaking

Saturday, May 2, 2020

1 Mei | Selamat Hari Pekerja


Alhamdulillah, cerah pun cuaca hari ni. Dah mula berbahang dah. Berbeza dengan semalam disebelah paginya dibasahi hujan. Nasib baiklah tak lebat.. sempatlah  kering baju-baju di ampaian.

Selamat Hari Pekerja | 1 Mei

Dah 2 Mei dah kita. Tak terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia. Tahun ini kebanyakan dari kita berkerja dari rumah  je samada bekerja dari sektor awam ataupun swasta semuanya sama kecuali pada petugas barisan hadapan negara kita. Terima kasih kerana telah membantu membendung penularan Covid-19. Terima kasih juga kerana membantu memudahkan kerja-kerja seharian kami

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

In Shaa Allah, 4 Mei ini kita akan mula bekerja semula. Dah kena masuk office dah kita lainlah kalau dapat kebenaran bekerja dari rumah lagi kan tapi ingat kita masih lagi dalam PKP #kitatakmenanglagi cuma kali ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jadi sebab itulah bukan semua sektor dibenarkan beroperasi cuma hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan je yang dibenarkan.

Jaga diri kita masing-masing. Mungkin agak sukar dan menjadi kegusaran disebabkan ramai yang akan menggunakan kenderaan awam untuk sampai ke pejabat. Dan  kita mungkin akan terdedah kepada penularan penyakit ini sepertimana yang telah terjadi di beberapa negara seperti Jerman, Jepun dan Kanada yang menunjukkan peningkatan kes mendadak apabila melonggarkan perintah halangan pergerakan ni tapi tak mustahil juga untuk kita berjaya mengatasinya. In Shaa Allah, semoga percaturan kita ini berjaya.


Ciktie dot COM

Hati-hati dan sentiasa amalkan SOP KKM. Pakai penutup hidung dan mulut. Jaga kebersihan jangan lupa sentiasa bawa hand sanitizer untuk kegunaan jika perlu. Risau kot-kot tercicir ataupun terlupa bawa hand sanitizer, Kita boleh simpan dua atau tiga dalam beg. Elakkan berkumpul ramai-ramai dan jarakkan diri ye. 1 meter ataupun 1 depa dengan orang kanan, kiri, depan dan belakang kita. Risaulah pula bila mengingatkan ramai yang akan keluar ni. Semalam pun dah tular gambar orang kita tu camner tapi ciktie percaya orang kita dah cukup matang untuk berfikir dan bertindak.


Covid 19

In Shaa Allah, semoga dalam tempoh PKPB ini kita tidak menambah kerja paramedik dengan membawa masuk kluster baharu. Aamiin.. sama-samalah kita doakan.





1 comment:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************