Resepi Kuih Terri Mandi (Puteri Mandi)

April 30, 2020
Terri Mandi ataupun kuih hidung kepek takpun kepek hidung camtu la namanya lebih kurang. Memang cukup femes sebagai pencuci mulut masa berbuka terutamanya ni.. dengan cukup rasa..cukup lemak memang sedap


Resepi Kuih Terri Mandi (Puteri Mandi) 

Bahan kuih:
1 cawan tepung pulut
½ sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna
air

Bahan kuah:
½ cawan gula
½ cawan air
½ biji kelapa parut
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
Campurkan tepung pulut dengan air kapur. Gaul dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga acuan dah tak melekat di tangan ataupun bekas.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang kita disukai.
Sambil-sambil itu, didihkan setengah periuk air sementara doh siap.
Bila doh dah siap, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat-bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.
Seterusnya masukkannya ke dalam air mendidih. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air (untuk mengelakkan ia melekat) apabila adunan itu timbul. 
Untuk kuah, masukkan air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau lagi hingga pekat.
Dah siap! Bolehlah dihidangkan apabila ia dah sejuk.





Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. Sedap ni..

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam
  2. kenapa ya namanya puteri mandi? hehe..saya tak pernah rasa lagi kuih ni tapi pernah dengar namanya..nampak sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..nak bagitau pun tak tau kenapa ni. Tapi sedap tau. Cubalah

      Padam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com