CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN DAN TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

April 05, 2020
Tak tau macamana nak semak status bantuan Prihatin Nasional (BPN) ? Dah semak tapi tak tahu macamana nak mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebab status Tiada Rekod ?? Haaa tak payah pening-pening mai ciktie tunjuk macamana nak buat.

Tapi sebelum tu, ciktie nak bagitau juga siapa-siapa yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bukan BR1M ye. Tak kisah sekali ke banyak kali ke, anda tidak perlu membuat permohonan sebabnya anda memang dah layak untuk menerima bantuan BPN ini. Begitu juga dengan mereka yang membayar income tax. kenapa tidak perlu membuat permohonan?? Sebabnya maklumat mengenai kita itu sudahpun terdapat dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 

Bagi korang yang layak ataupun status kelayakannya LULUS, bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai esok, Isnin - 6 April dan sekali lagi pada bulan Mei - 04 Mei nanti.

Update info:-
Untuk Bank komersial selain BSN (Maybank, CIMB, Agro dan lain-lain) - Bayaran akan dikreditkan pada 08 April 2020.

Ciktie

Untuk kategori Permohonan Baru dan rayuan, pembayaran akan dibuat kepada mereka yang lulus pada bulan Mei 2020.

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CARA SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

1) Layari https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx 
2) Masukkan no kad pengenalan
Ciktie

3)  Status kelayakan akan dipaparkan.      


CARA MEMOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)  

  • Sekiranya Status Kelayakan : Tiada Rekod 
  • Klik Permohonan Baru
  • isi dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  • tick untuk pengesahan sebelum permohonan dihantar.
Ciktie

Ciktie

  • Klik YA untuk Pendaftaran ke dalam Sistem BPN
Ciktie

  • Pilih dan jawab 5 soalan untuk pengesahan. 
  • Shot screen bila dah selesai untuk simpanan peribadi.
  • Dah selesai. Boleh cuba semak semula untuk ketahui status terbaru permohonan.
Ciktie


TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

30 April 2020 ! Banyak masa lagi jadi jangan gopoh, jangan stress. Line dah tak sesibuk 2/3 hari lepas ye. Don't worry..✌️

RINGKASAN KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 

Ciktie




Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Nasib baik bayar cukai...x perlu dah nak buat permohonan baru..dah okay dah website ni 1-3 april memang x boleh masuk langsung huhu

    BalasPadam
  2. sy baru ja memohon...sbb seleum nie mmg x memohon apa2 BR1M sama BSH

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com