Disebalik PKP | Kedai Runcit Ibu - Buka pukul 10am & tutup pukul 8pm

April 09, 2020
Wahh!  kreatif betullah akak ni. Rasanya orang  lain dah buntu kot tak tau nak buat apa dah dekat rumah sepanjang pkp ni. Tapi akak ni siap buka kedai lagi sambil-sambil layan kerenah anak-anak. Laku keras nampaknya tu

Sukalah gaya kedai runcit akak ni. Kemas dan menarik sangat. Sebenarnya tadi duk scroll facebook ni. Sekali ternampak post pasal Kedai Runcit Ibu - Buka pukul 10am & tutup pukul 8pm.

Disebalik PKP | Kedai Runcit Ibu - Buka pukul 10am & tutup pukul 8pm 

Ciktie

Ciktie

Menariknya ia, sebelum nak masuk kedai mesti bukan kena dah tapi memang dah kena cuci tangan dengan hand sanitizer dulu. Haaa kebersihan tu penting nak-nak sekarang ni. Nak beli barang tu pula kena kerja dulu untuk dapatkan duit ataupun upah. Takde main hutang-hutang segala dah.

Kedai Runcit Ibu

Ciktie

Tapi kemain mahal harga barang-barang dalam kedainya tu pun. Oghe Kelate kata bulih gi mekah balik hari haha..  Tapi memang patut pun mahal. Susah kot nak minta budak-budak kecil tu buat kerja. Kadang-kadang kita yang dah besar panjang ni pun boleh naik hantu nak minta diorang buat nii

Upah Kerja Kedai Runcit Ibu

Bila dah buat camni, secara tak langsung kita dah terapkan amalan mencuci tangan. Mereka pun boleh belajar menilai duit. Mengira disamping menjaga kesihatan diri. Takde lah kita nak bising-bising suruh diorang basuh tangan pun kan.

Ciktie

Kredit : Puan Nadzirah Razali


















Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com