Bantuan Khas Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kepada Asnaf Yang Terjejas Akibat COVID-19 Kini Dibuka - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, April 26, 2020

Bantuan Khas Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kepada Asnaf Yang Terjejas Akibat COVID-19 Kini Dibuka


Hai, assalamualaikum dan selamat pagi korang.. Sihat ke tu? Alhamdulillah, nampak macam makin serasi dah kita semua dengan keadaan pkp sekarang ni. Daerah ataupun kawasan yang memasuki zon hijau pun dah makin bertambah. PKPD pun dah memasuki 7 Zon semalam. Banyakkan bersabar dan bertenang. Jangan pula ada yang memandai langgar peraturan yang ditetapkan tu. In Shaa Allah, kita mesti menang.

Hari ini dah memasuki hari ke-3 kita berpuasa. Mencurah-curah hujan turun membasahi bumi. Alhamdulillah, rezeki cik pokok-pokok kat bawah tu. Hijau merimbun je masing-masing. Segar dan menyenangkan sangat. Rezeki kita juga sebenarnya ni berpuasa dalam suasana dan keadaan camni.

Bantuan Khas MAIK Kepada Asnaf Yang Terjejas Akibat COVID-19 Kini Dibuka

Alhamdulillah, permohonan bantuan khas dari Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada asnaf yang terjejas Covid-19 kini telah dibuka. Permohonan sudah boleh dibuat mulai hari ini, 26 April 2020 oleh Ketua Keluarga melalui Sistem Bantuan Prihatin MAIK 

Syarat Permohonan

Permohonan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dan Bantuan Khas Prihatin ini adalah dari sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan. Jadi sebelum korang memohon pastikan korang tersenarai dalam golongan berikut :-
  • Asnaf fakir dan miskin.
  • Tidak bekerja dan tiada pendapatan dalam tempoh pkp.
  • Tiada duit simpanan atau duit simpanan hampir @ telah habis dibelanjakan.
  • Tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak seperti kerajaan negeri, masjid, ngo, dan lain-lain @ menerima bantuan tetapi telah habis digunakan @ bantuan yang diterima tidak mencukupi. 
  • Belum menerima bantuan prihatin nasional (bpn) atau telah terima dan hampir @ telah habis dibelanjakan.

Dah tersenarai, sebelum membuat permohonan tu pastikan maklumat berikut dulu
  • Nama dan pasangan pemohon
  • No. Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
  • No. handphone pemohon dan pasangan.
  • Alamat dan status kediaman (sendiri/sewa/menumpang dll)
  • Pekerjaan pemohon dan pasangan & pendapatan/gaji (sebelum PKP).
  • Status pekerjaan dalam tempoh PKP (bekerja/tidak bekerja)
  • Baki duit simpanan (tunai di tangan & bank).
  • Bilangan tanggungan (anak : belum sekolah/pra sekolah/sekolah rendah/sekolah menengah/ipt & lain-lain tanggungan)
  • Bantuan yang telah diterima (kerajaan negeri, masjid, ngo, dll)
  • No. Akaun bank

Cara Memohon 
Masukkan no.kad pengenalan (termasuk - )


Kemudian 'Buat Permohonan'


Isi semua maklumat yang diperlukan


Tick dan tekan 'Hantar'



Dah siap..
Semoga membantu ✌️





4 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************