PKP Dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April 2020 | Hebatnya Kita - Orang Malaysia, Rakyat Malaysia - Ciktie Dot Com

Breaking

Friday, April 10, 2020

PKP Dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April 2020 | Hebatnya Kita - Orang Malaysia, Rakyat Malaysia


Entri copy and paste ajelah hari ini sementara nak menunggu pengumuman rasmi dari Perdana Menteri kita mengenai status terkini PKP samada ianya dilanjutkan ataupun tidak. Dan keputusannya telahpun diketahui..

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020 (Fasa 3)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi 2 minggu bermula 15 April - 28 April 2020-YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kebarangkalian ianya dilanjutkan pun sudah terjawab. So, sama-samalah kita berusaha supaya apa yang telah dimulakan ini dapat diteruskan sehingga selesai. Aamiin. 2 minggu lagi, harap-harap semua akan kembali normal. So, stay at home.. sama-samalah kita berusaha membantu barisan hadapan kita.

PKP Dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April 2020 | Hebatnya Kita - Orang Malaysia, Rakyat Malaysia

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !

Masa bila diarahkan PKP, #workfromhome, kita mampu duduk dirumah, patuh arahan Kerajaan & pihak berkuasa.

Cuma segelintir je message tak sampai katanya.

Ciktie

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
PPE tak cukup? Face shield takde? Tak de hal, buat DIY. Cari barang, keluar duit sendiri dapat claim ke tak belakang kira asalkan PPE cukup.

Lepas tu buat DIY boot cover, tudung, Isolation gown pakat jahit semua anggota kesihatan. Bawak mesin jahit, jahit ramai-ramai. Lepas tu designer, tukang jahit semua pakat bantu KKM jahitkan Isolation Gown etc. Orang KKM pun jadi tukang jahit membantu rakan. Company 3D buat face shield. Siap beri bantuan kewangan, bantuan bekalan PPE kepada KKM lagi. Hebat, hebat!

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Risau frontliner tak makan, disediakan makan. Hantar packed food ke hospital /klinik etc. Siap ada yang bekalkan stok beras, gula etc untuk frontliners, petugas di hospital / klinik.

Buat fundraising, tabung Covid-19, tabung untuk bantuan orang susah yang terkesan dengan PKP. Kebanyakannya dapat raise bantuan dan derma, hebat kan orang kita.

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Hujan ke, ribut ke, panas, penat.. Kerja tetap jalan! Kawan-kawan either frontliners, backliners masih bertugas. Team kena quarantine takpe, team lain datang tolong, deploy anggota kesihatan. Penat ke, tak heran, kerja tetap jalan. Takde de terlintas nak mogok ke nak merajuk ke, takde-takde, semua anggota kesihatan ni memang sudah ditanam dalam diri, kesihatan rakyat keutamaan mereka!

Ciktie

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Abang polis dan abang askar masih bertugas di kawasan road-block saring setiap kenderaan yang melalui kawasan. Yang jaga di kawasan EMCO, panas ke hujan ke. Masih berdiri teguh. Sebab kenapa? Keselamatan rakyat keutamaan mereka.

Abang foodpanda, grabfood, bungkus itu pun risau takut terdedah dengan virus tapi hantar tetap hantar bungkusan makanan kita yang kita 'mengidamkan' tu. Tak kira hujan ke apa. Hantar juga asalkan perut kita kenyang.

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Cikgu-cikgu yang ada orang kata takde fungsi yang suruh cuti. Bertungkus-lumus mereka plan jadual pembelajaran anak-anak murid mereka agar tidak ketinggalan. Buat e-learning, video call etc supaya masih boleh teruskan pembelajaran bukannya biarkan anak murid mereka bertik-tok, twitter etc.

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Kita mungkin tak mampu nak bina hospital dalam masa seminggu. Tapi kita mampu ubah tempat Convention Center jadi hospital. Cukup dengan semua kemudahan disediakan farmasi, x-ray semua ada.

Dah ready untuk gelombang ke-3, anggota kesihatan dah deploy. Hotel, asrama, pusat latihan pula dijadikan pusat kuarantin. Semua disusun rapi dan dirancang dengan baik.

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Tak kira kerja kerajaan, swasta, persendirian pun turut bantu memerangi covid. Private hospital, GP pun membantu buat saringan bagi yang mampu untuk membayar.

Pihak insurans siap bantu memberi coverage khas untuk Covid-19. Farmasi komuniti dengan kerjasama MPS sediakan aplikasi /sistem untuk memudahkan rakyat mencari mask dan hand sanitizer.

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Sangat kreatif dan inovatif kan orang kita - orang Malaysia. Disediakan sistem saringan Drive Thru. Siap ada buat booth untuk saringan, COMBAT, Coronavirus Mobile Test Unit. Ada juga yang cipta from scratch untuk sanitize satu badan, lalu je terus sprayyyy siap ada sensor. Hebat, hebat!

Hebatnya Kita - Orang Malaysia !
Semuanya memberi kerjasama. Semuanya membantu. Semuanya mendoakan. Semuanya fokus pada matlamat utama, untuk memerangi Covid-19. Kalau nak tahu andalah orang hebat itu! Teruskan berusaha.

Ciktie

Kalau masih ada yang degil tu, cuba hempuk dia sikit, biar dia sedar everyone is a hero, everyone plays a role to win this war! We will not be able to win against it without being as one nation! Keep up the good work, semua orang Malaysia! Malaysia boleh!

#togetherwefightcovid-19
C&P.

Keep up the good work Malaysian.
Together we will win this war.


2 comments:

  1. saya akan patuh pada arahan untuk duduk rumah walaupun dying nak balik kampung ni. huwaaaa

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************