Salam Ramadhan Al-Mubarak 1441H - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, April 23, 2020

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1441H


In Shaa Allah, lagi beberapa jam je lagi kita semua bakal memasuki bulan yang penuh kemuliaan, penuh keberkatan dan penuh dengan rahmat. Sebelum tirai Syaaban melabuhkan tirai ciktie ingin mengambil kesempatan memohon keampunan dan kemaafan seandainya ada yang terluka dan tersinggung dengan coretan dan komen yang ciktie tinggalkan pada blog ataupun mana-mana sosial media kesayangan korang sebelum ini. 

Seharian hujan membasahi bumi hari ini. Terasa sejuk je suasananya walaupun cuacanya dah nyata mendung. Semoga Ramadhan yang bakal menjelma ini bakal meninggalkan kenangan paling manis buat kita semua. In Shaa Allah, Aamiin. 


Salam Ramadhan Al-Mubarak 1441H

Pemergian Bapa Saudaraku 

Bulan ini sebenarnya banyak menyimpan kenangan buat kita semua. Bukan sahaja kita tidak berpeluang untuk bersama-sama insan tersayang, berkumpul dan sama-sama meraikan kedatangan Ramadhan tetapi ada juga diantara kita yang terpaksa terpisah jauh dengan insan yang tersayang kerana tuntutan kerja. Tidak kurang juga yang kehilangan insan tersayang. Semoga kita semua terus tabah dan sabar dengan ujian-Nya ini.

Hari ini genap 4 hari bapa saudara ciktie pergi menemui pencipta-Nya. Kehilangannya benar-benar dirasai ditambah pula dengan keadaan sekarang. Terasa bagai mimpi..terasa dia masih ada. Terbayang-bayang kelibatnya berulang alik ke stor kayu tu. Selalu menegur sapa..pertama kali melihat dia sakit terbaring pun ketika dia jatuh (gelap mata) hujung tahun lepas selepas 2/3 hari balik dari mengerjakan umrah. Itupun sehari tu je..bila dah terasa sihat sedikit dia berusaha untuk bangun dan terus keluar rumah melakukan aktivitinya. Itupun dah bising mulutku ini mengingatkannya untuk rehat. Semoga roh arwah cik rie tenang disana. Aamiin. Tak tertanggung rasanya terkilan di hati ni.

Perlis Negeri Pertama Zon Hijau 

Dan kepada korang, ciktie nak minta tolonglah stay at home. Negeri Perlis dah pun berjaya menjadi negeri pertama keseluruhannya Zon  Hijau yang bebas Covid 19 selepas 18 kes positif sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Tahniah Perlis.


In Shaa Allah, negeriku Kelantan juga bakal menyusul. Dah 5 atau 6 hari tiada kes dan harap-harapnya ianya berterusanlah. 2 tempat je lagi, semoga semuanya kembali pulih seperti sebelumnya. Aamiin.

Harap-harap tempat korang juga mempunyai perkembangan positif ye. Sama-samalah kita berusaha membantu dan berdoa.  In Shaa Allah, kita pasti boleh.. semoga raya tahun ini kita bakal meraikannya bersama-sama seperti sebelumnya. Aamiin walaupun terasa macam jauh je lagi 😔😔

Ciktie



2 comments:

  1. Salam ramadan alhamdulillah Perlis negeri pertama yg Zon hijau..Sabah pula zon merah huhu

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa cik tie ! Takziah atas kehilangan bapa saudara..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************