GEGEY Kota Bharu | Menu GEGEY "PKP" Yang Tidak Mengecewakan - Ciktie Dot Com

Breaking

Saturday, April 18, 2020

GEGEY Kota Bharu | Menu GEGEY "PKP" Yang Tidak Mengecewakan


Pertama kali order makanan dalam tempoh pkp ni! Meriah semacam aje group cod tu dari minggu lepas. Itu yang sampai ter join sama tu. Macam-macam ada walaupun hakikatnya bazar ataupun pasar secara fizikalnya sekarang ini dibatalkan. 

Alhamdulilah, rezeki para peniaga. Walaupun masing-masing #stayhome tapi urusan urusniaga tetap berjalan lancar. Runner yang dipertanggungjawab untuk cod barangnya pun ontime. Tip top sangat. Seronok pula berbelanja camni. Dapat pula peniaga yang jujur dan caj penghantarannya yang berpatutan. Kira oklah diorang hantar sampai ke depan pintu. Dah boleh jimat masa dan tenaga dah.

GEGEY Kota Bharu | Menu GEGEY "PKP" Yang Tidak Mengecewakan

Gara-gara malas nak masak kita order je Set Small Western Platter!. Dalam set ianya ni dah ada Spageti Oglio Olio, Chicken chop, Chicken Wings, Meatball dan juga Cheezy fries. Kebetulan masa tu tengah scroll facebook, iklan mengenainya pun baru dimuatnaik. Apa lagi kena pula hari tu puasa, memang ngam-ngamlah delivery sampai.




Bagi ciktie, spageti ianya tu best! Order yang spicy sebabnya spageti olio ni ciktie kurang gemar sikit. Alhamdulillah, menepati citarasa anak tekak. Ada rasa pedas-pedas gitu bila masuk ke dalam mulutnya tu. Kiranya tercapai jugalah keinginan nak makan spageti pedas. Tak gitu hahaha ✌️ Meatball ia pun ok. Suka sos ianya tu, sedap!.. Chicken Wings pun sama, sedap! Ada rasa pedas-pedas juga cuma chicken chop aje kot tak sempat nak rasa. Dah kenyang..



Secara keseluruhannya, ok memang tak rugi. Korang dekat luar sana boleh cuba sendiri macamana rasanya. Banyak pun banyak. Sorang dua makan memang tak habis ni..


Caj Penghantaran dan pembayaran

Caj cod rm5 bergantung pada tempat dan pembayaran ada 2 pilihan. Nak transfer masuk akaun ataupun bayar cash. Pilihan  ni mungkin disebabkan kita sekarang dalam pkp kot. So, nak lagi mudah transfer je siap-siap. Lepas tu tunggu barang sampai. Mudah kan??


Menu GEGEY "PKP" 

Pick up & delivery only setiap hari (12pm - 6.30pm)
Small Western Platter






3 comments:

  1. i went to one dekat my place. rindu pulak nak lepak dekat sana with my friends.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa.. lama tak makan western food ! nak order, jauh sngt pulak haha

    ReplyDelete
  3. dapnya..feveret spaghetti aglio olio tu..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************