Tazkirah Jumaat - Ciktie Dot Com

Breaking

Friday, March 1, 2019

Tazkirah Jumaat


Assalammualaikum dan selamat tengahari korang. Tengok apa tu ramai-ramai kat situ mentang-mentanglah cuaca elok hari ni masing-masing sepakat keluar berkumpul dekat situ ye. Tapi tak apa sekejap lagi kaum lelaki pula nak keluar tunaikan kewajipan untuk hari ni. Ingat kaum lelaki muslim tu sesibuk manapun kita jangan sesekali skip solat Jumaat ni tau.


Lagi seminggu je dah sampai bulan Rejab ! Sekejap je hari-hari masa berlalu. Sedar-sedar dah 1 per 4 dah kita berada dalam tahun ni. 

PESANAN IMAM SYAFIE

  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. 

  • Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur. inshaa Allah. 



4 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox