Assalamualaikum Wbt

Mac 29, 2019
Selamat Pagi korang !! Ciktie kembali bersiaran pagi ni. In Shaa Allah, hari ni hari terakhir hadiri kursus untuk penuhi sasaran kerja tahunan untuk tahun ini. Siapa yang belum cukup 3hari berkursus tu kena usahakan bagi cukuplah ye. Yang dah cukup tu bagilah peluang kepada kekawan yang belum mengikuti lagi ye. Tapi kalau ada apa² kekangan tu ok, takpe masih ada banyak masa.

Assalamualaikum Wbt

Hari pertama kursus, alhamdulillah cuaca ok sangat ! Pagi tu hujan turun. Mentari hari tu pun tiadalah terik mana. Drive pun best walaupun pagi tu tersilap masuk simpang hahaha kampung sendiri pun boleh silap masuk ke ciktie. Tapi biasalah selagi kita tak buat silap selagi itu kita tak belajar. Dah buat silap okkk cuma pastikan jangan sampai berulang lagi. Tapi rasanya itu kali keberapa entah masuk simpang tu. Nasib baik juga keluar awal tiadalah lambat sampai ke tempat yang dituju bila terpaksa u-turn balik tu hikhik.

Hari ke-2, semalam - nak nyaris-nyaris  nak masuk simpang tu juga gara-gara gelabah nak cepat. Tengok papan tanda macam dah betul sekalii nasib baik traffic light hijau. Macam banyak pula jalan baru sekarang ni. Itu yang buat konpius nak-nak kita ni jenis kurang berjalan pula.

Dan hari ini, hari ke-3 !! 3 hari berturut-turut terpaksa drive ke Bukit Cina. Kalau sebelum ni kita yang paling dekat dengan pejabat tapi untuk kali ni rasanya kita yang paling jauh kot 🤔🤔 plus minus lebih kurang 1jam camtu. Kalau lewat keluar memang harulah. Memang bertabah betullah korang yang terpaksa berulang jauh-jauh datang kerja. Nak kena hadap jammed, dengan cuaca yang tak menentu lagi. Alahaiii lenguh kaki juga tekan brek ni walaupun dah terang-terang kereta auto ni hehe.

Apa yang boleh ciktie simpulkan adalah kita kena bertenang. Tenang, sabar dan peka dalam semua situasi. Dah terang-terang kita salah, terpaksalah terima dan usaha cari penyelesaian segera. Kalau kita sedar awal kesilapan tu, mungkin kita boleh u-turn awal² tapi kalau tak, just follow je dulu apa yang dah ada kat depan kita. Bukan apa sebab kita tak tahu apa yang terbaik sebenarnya. Tapi kalau kita tak sabar. Dah sah-sah kita tak tenang. Nak fikir secara positif pun susah. Orang kata aura negatif dah ada. Masa tu mulalah kita gelabah tak tau nak buat apa. Itu tak kena ini tak kena. Tak pepasal orang hon kita 😣😣 lagilah buat kita  stress !!

Btw, kursus dah mula dah !! My boss pun dah ambil tempat. Kerusi pun dah penuh so kita apa lagi, jomlahh 









Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. wsalam.. semoga dipermudahkan urusan..

    BalasPadam
  2. Best nya dapat pergi kursus, kat sini kami tak menitikberatkan pasal kursus sebab ikut pada pekeliling dulu, yang menyatakan tak wajib ikut kursus 7 hari setahun.. hihi tapi sebenarnya rindu jugak nak pegi kursus nie, dapat release tension kerja sikit kan dan kalu boleh nak gie kursus jauh2 sikit...

    BalasPadam
  3. Samalah.. jauh nak ke tempat kerja yang sekaran ni. Andai tak cukup rehat, letih dan mengantuklah di tempat kerja. Terasa lesu je badan, tapi demi keluarga kugagahkan jua.. ;)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com