MAGGI® & KPM Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 Untuk Pencarian Chef Muda Berbakat

Mac 24, 2019
Peluang baik ni buat adik-adik atau anak-anak kita yang memang meminati bidang masakan. Minat aje tak boleh tau kena pandai masak juga sebabnya sekarang ini MAGGI® dengan kerjasama KPM  telah melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® kali Ke-23 Untuk Pencarian Chef Muda Berbakat !! Siapa tahu diantara bakal Chef muda tu nanti terselit nama adik-adik kita tu yang berbakat besar tu.

Rezeki ayam nampak dikaki, rezeki orang tiada siapa yang tahu. Jadinya dekat sini ciktie nak uwar-uwarkan pasal benda ni. Nanti bolehlah korang kat luar tu sampaikan kepada sesiapa yang berminat nant. Tak gituuu.

MAGGI® & KPM Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 Untuk Pencarian Chef Muda Berbakat

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali lagi buat kali yang ke-23 ! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini, MSSCC akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun ini telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bertemakan Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, mereka teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.



"Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.

Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali dari sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”

“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, boleh layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.


Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®

Telah diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.

Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun.

Nestlé Malaysia

Merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan kakitangannya seramai 328,000 orang komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat.

Prestasi Nestlé dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan Nestlé. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak tahun 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para penggunanya menerusi jenama dan produknya yang bermutu tinggi. Nestlé juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana mereka beroperasi sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal mereka. Ini sejajar dengan janjinya untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook di http://www.facebook.com/NestleMalaysia


Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. Maggie makanan masa dok hostel dulu-dulu.

    BalasPadam
  2. saya suka kaedah cam ni, semoga malaysia jadi pusat tumpuan makanan asia tenggara....amin amin

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com