Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ membantu kulit wajah kelihatan lebih Cantik dan Flawless

Mac 14, 2019
Haa ini satu lagi produk yang ciktie suka !!  Mana tak sukanya produk ini benar-benar memberikan keyakinan kepada ciktie. Biasalah selalu sangat tidur lewat. Kemudian tak cukup tidur, tak cukup rehat. Dengan sendiri faham-faham ajelah macamana rupanya bila wajah tak cukup rehat - letih, penat, sedih.

Tapi baru-baru ini ciktie telah mencuba satu lagi produk Dr Murad. Kalau sebelum ini ciktie dah cerita pasal produk keluaran Dr Murad yang bertindak sebagai perlindung, pencerah dan memperbaiki semula struktur kulit iaitu Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 | PA++++ tapi kali ini ciktie nak cerita tentang satu lagi produknya yang bertindak merawat, menyamar (blurs) ketidaksempurnaan dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan kulit dari sinaran UV. 




Siapa tak nak cantik, tak nak flawless ? Tipulah kalau ada yang tak nak cantik tu  Cuma istilah cantik itu je subjektif sikit kot bergantung kepada pandangan dan pendapat setiap orang la.

Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ membantu kulit  wajah kelihatan lebih Cantik dan Flawless

Masalah garis-garis halus, liang pori terbuka, tona tidak sekata, kedutan ataupun kulit kusam, tidak bermaya memang antara tanda-tanda penuaan. Sekiranya ia tidak dirawat segera risau juga takut nanti ianya menjadi semakin parah dan sukar dirawat nak-nak pula usia semakin meningkat sekarang ini. Disebabkan itu, ciktie tidak teragak-agak mencuba Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ ni.

Seriously memang best betullah produk ni. Bau pun sedap. Berwarna putih jernih je, sesuai untuk semua warna dan jenis kulit. Tak kiralah jenis normal, berminyak, kombinasi ataupun kering. Testurnya likat, peka dan lembut je. Dirumus tanpa Parabens, Sulfat, Phthalates, Gluten ataupun bahan yang berasal dari haiwan. Jadi memang tak risaula sebab formulanya dari bahan bebas gluten secara semulajadi.




Untuk dapatkan hasil solekan yang lebih flawless, kita boleh je campurkan ia dengan bedak asas (based make up). Hasilnya ia mampu bertahan selama 12jam tanpa cela dan secara tidak langsung kita telah melindungi kulit dari sinar UVA/ UVB. Jangan taktahu yang produk Dr Murad ini sebenarnya mempunyai Perlindungan SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA /UVB tau.

Dan sekiranya kita konsisten menggunakannya ia membantu mengurangkan garis-garis halus, memperbaiki tekstur kulit tak sekata, tona kulit serta memperbaiki ketahanan kulit untuk mendapatkan kulit yang licin, sekata, segar, flawless dan sihat. Hasil kajian klinikal yang dilakukan selama 3 hari menunjukkan bahawa :-
  • 71% melihat garis halus dan kedutan yang lebih sedikit 
  • 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik
  • Perlindungan 100% tidak dapat dilihat SPF 30

Cara menggunakannya
  • Campurkan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ dengan cecair bedak asas.
  • Sapu dan ratakan ke bahagian muka, leher dan dada. Boleh juga dipakai macamtu sahaja.



Bahan-bahan Aktif
Homosalate (4.0%), Octisalate (4.0%), Octocrylene (2.0%), Avobenzone (2.0%)

Bahan Prestasi Tinggi 
Shitake Mushroom dan Mucor Miehel Peptides membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan memperbaiki ketahanan kulit untuk mengembalikan semula keanjalan kulit.

Black Currant, Rosemary, Goldenrod, dan Peony Root Extract membantu meningkatkan  tekstur dan rona kulit supaya kelihatan lebih muda

Soft-focus complex menghidrat kulit dan menjadikan kulit terasa lebih lembut, menyamar (blurs) serta memperbaiki tona dan tekstur kulit.

Ekstrak Barli, bunga matahari dan timun membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar.


Banyak bukan kelebihan yang dimiliki Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ ni. Jadi kepada korang yang ingin mencuba ataupun ingin mendapatkan lebih banyak info mengenainya boleh layari website seperti yang tertera dekat bawah ni..




Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. dalam merawat kulit secara tidak langsung akan nampak lebih flawless :)

    BalasPadam
  2. Banyak ni blog cerita pasal Murad ni.

    BalasPadam
  3. Kak Feni tengah survey skin care ni. Maklumlah dah berumur ni.

    BalasPadam
  4. Cantik dan flawless lah lepas ni ya dengan Murad. Hehe

    BalasPadam
  5. waaaa nak beli jugaklah.. nak flawless!

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com