Lindungi kulit wajah dengan Murad City Skin® Age Defense Broad Spectrum SPF 50 | PA++++ - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, March 14, 2019

Lindungi kulit wajah dengan Murad City Skin® Age Defense Broad Spectrum SPF 50 | PA++++


Dengan cuaca panas berpanjangan macam sekarang ini memang sukar nak lindungi kulit wajah dari sinaran UV walaupun majoriti banyak je sebenarnya produk perlindungan wajah dalam pasaran. Terbaru ciktie diperkenalkan dengan produk Dr. Murad yang memang tidak asing lagi dikalangan pencinta kecantikan - Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++ dan juga Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++

Kalau nak tahu Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++ ini bukan saje bertindak melindungi kulit wajah tetapi juga mencerah dan memperbaiki semula struktur kulit kita.



Jangan ingat mereka yang terdedah secara langsung dengan sinaran UV je yang perlukan perlindungan tetapi sebenarnya mereka yang tidak terdedah secara langsung juga perlukan perlindungan nak-nak mereka yang terdedah kepada radiasi inframerah, sinaran biru dari telefon, televisyen, komputer, laptop juga sebenarnya turut menyokong kepada kerosakan kulit. Jadi jangan ambil mudah semuanya itu ye. Sebab itu juga kalau kita perasan pendedahan terlalu lama terhadap sinaran biru ini menyebabkan kulit kita kusam, tidak bermaya apatah lagi berseri.

Tapi yang bestnya produk Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++ ini ianya tidak melekit, lembut dan bertindak meresap ke dalam kulit dengan cepat. Jadi memang tak nampak berminyak macam pakai krim la.




Apa dan kenapa perlu memilih Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++

Ok !! Apa dan kenapa ye 🤔🤔 ini adalah kerana ia merupakan pelindung matahari ultra-ringan  (sunscreen) yang mengandungi 100% mineral. Sesuai untuk semua jenis kulit dan dihasilkan dari teknologi perlindungan alam sekitar yang bertindak untuk melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan yang mempercepatkan tanda penuaan iaitu Blue light dari peranti, pencemaran, radiasi intramerah, UVA dan UVB.
Melindungi kulit dari :-
96% pencemaran *
89% daripada Blue Light dari peranti **
52% daripada Sinaran Inframerah *

Cara Menggunakannya
  • Goncangkan botol Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++
  • Sapu dan ratakan ianya pada seluruh wajah dan leher.
  • Usap perlahan-lahan supaya ianya meresap ke dalam kulit dengan sempurna.
  • Dan untuk hasil terbaik, aplikasi ianya setiap hari selepas mengenakan moisturizer.

Kandungan Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++

ACTIVE INGREDIENTS:
Titanium Dioxide 2.7%, Zinc Oxide 10.0%

INACTIVE INGREDIENTS:
Water (Aqua), Cyclopentasiloxane, Dimethicone, Glycerin, C12-15 Alkyl Benzoate, Argania Spinosa Kernel Oil, Tocopheryl Acetate, Polyurethane-35, Polyglyceryl-3 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Polymethylsilsesquioxane, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Xanthophyll, Retinyl Palmitate, Ascorbic Acid, Bisabolol, Hydrolyzed Jojoba Esters, Urea, Yeast Amino Acids, Trehalose, Inositol, Taurine, Betaine, Biosaccharide Gum-4, Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid, Silica, Tapioca Starch, Sucrose, Pentylene Glycol, Butylene Glycol, Stearic Acid, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolymer, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, PEG-8 Dimethicone, Octyldodecanol, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Triethoxysilylethyl Polydimethylsiloxyethyl Hexyl Dimethicone, Aluminum Hydroxide, PEG/PPG-18/18 Dimethicone, Triethoxycaprylylsilane, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Iron Oxides (CI 77491)



Ok, itu ajelah yang ciktie nak kongsikan untuk kali ini. Untuk satu lagi produk Dr Murad tu next entry kita cerita. Bagi korang yang berminat nak cuba atau nak dapatkan produk Dr Murad ini atau apa-apa produk Dr Murad yang lain korang boleh layari

Website 

Facebook 

Instagram



3 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox