Masjid Cantik Di Pulau Gajah - Masjid Ar-Rahman - Ciktie Dot Com

Breaking

Friday, March 8, 2019

Masjid Cantik Di Pulau Gajah - Masjid Ar-Rahman


Assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari korang. Bertemu lagi kita tengahari ni. Cuaca kat luar pun nampak elok je walaupun pagi tadi ada gerimis sedikit. Sang selsema dan perit tekak pun nampaknya macam nak datang berkawan juga ni. Kena jaga kesihatan dan banyakkan minum air kosong ni.  Sebelum tu dah lunch ke?? Lunch dekat mana atau masih ada lagi yang sedang berkira-kira nak makan apa tu..

Solat Zohor Di Masjid Cantik Di Pulau Gajah - Masjid Ar-Rahman




Sebenarnya cerita ni dah dua tiga minggu yang lepas dah. Lepas singgah lunch dekat McDonald' hari tu terus je ke Masjid Ar-Rahman, Masjid Cantik dekat pulau gajah ! Kebetulan hari tu free sikit lepas makan tu terus pergi ajelah. Sebenarnya officemate plan nak ke sana dari tahun lepas lagi tapi tahun ni baru sempat.

Sampai je sana sambil-sambil menuju ke ruang solat wanita sambil-sambil meninjau kawasan sekelilingnya, hasil seni, ukirannya, sekelilingnya ! Masya Allah, Cantik sangat ! Biasa tengok dalam buku ataupun gambar je ukiran camni. Bila dapat tengok depan mata sendiri. Memang sukalah walaupun masa tu memang tengah panas terik. View sekeliling dia tu - sekali imbas memang terasa berada di pulau kecil. Dengan wakafnya dikelilingi air dan pokok-pokok pula. Memang cantik..terasa nyaman dan tenang je sesekali angin bertiup pula.  Memang best pula bila dapat solat kat situ walaupun takde aircond. Tak terasa panas pun. In Shaa Allah, ada peluang lagi lepas ni kita kesana lagi. Memang terasa rugilah kalau tak pergi walaupun ianya berada tersorok di hujung kampung tu.




Tapi apa yang boleh dikatakan masjid ini semuanya  berasaskan kayu yang terukir cantik dengan ayat-ayat suci al Quran dan kaligrafi Islam !!  Bukan setakat dinding dan sudut je penuh dengan ukiran seninya. Tapi juga ensel pintu serta penyangkut baju ditandas. Selain kayu yang digunakan tu diimport dari Indonesia, pekerja mahir yang ditugaskan untuk membuat ukiran itu pun dengar-dengarnya diambil dari sana untuk mengekalkan kehalusan ukirannya.





Masjid sumbangan dari orang perseorangan yang bergelar Dato' ini telah dibina pada tahun 2006 dengan kos Rm6juta dalam tempoh dua tahun pembinaannya. Ia mampu memuatkan kira-kira 1000 orang jemaah dalam satu-satu masa dan merupakan masjid yang mengabungkan senibina 4 negara selain senibina Melayu iaitu 2 pintu masuk dari Yaman, Tiang tempat imam solat dari Maghribi, Set Geduk dari Indonesia dan Lakaran Al-Quran dalam bulatan ditengah-tengah siling tu pula dari Turki.





Cantik kan?? Nak lagi puas hati ciktie cadangkan korang datang dan tengok sendiri macamana uniknya Masjid Ar-Rahman ni. Dan kepada insan yang bergelar Dato' yang telah membina masjid ini, semoga Allah SWT memberkati dan memberikan ganjaran yang berlipat ganda kepada anda, aamiin.




















7 comments:

  1. Cantik sangat Rumah Allah ni... Kalau LeYa ke Pulau Gajah nanti boleh singgah dan rasai bersolat di sini.

    ReplyDelete
  2. Cantik dan terasa tenang dengan suasana masjid tersebut.. ;)

    ReplyDelete
  3. Klasik dan unik masjid ni. Cantik sangat ukiran kayu kayu dinding tu.

    ReplyDelete
  4. Unik dan cantik sgat ukiran2 di masjid ni. Salam jumaat cik tie :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya! Memang kagum sangat tengok seni bina dia

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox