Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle

Mac 31, 2019

Serum itu apa??

Serum merupakan produk dalam bentuk cecair ataupun gel berasaskan air yang ringan pada kulit. Testurnya jenis cecair jernih, tidak berminyak dan biasanya dibotolkan dalam bentuk sebuah botol yang kecil. Walaupun dibotolkan dalam bentuk botol yang kecil ia biasanya mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah yang dinamakan eliksir. Antara bahan aktif yang terkandung didalamnya adalah seperti asid amino, vitamin, antioksidan, hidrasi, pencerah dan peptida.

Banyak kandungan bahan aktifnya tu, saiz je yang kecil tapi kesannya fulamakkk kita boleh lihat ia dapat atasi masalah kulit yang kita alami seperti bintik-bintik hitam, kesan parut/ jerawat, garis-garis halus mahupun kulit kering. Secara umumnya, serum bertindak menyerap dan menembusi ke bawah kulit dengan cepat dan mudah melalui molekul-molekul zat yang terdapat padanya. Sebab itu juga semakin meningkat usia, kita digalakkan untuk memakai serum nak-nak pula bila dah menganjak ke usia 30an macam ni. Kelembapan kulit semakin berkurangan.


Terbaru sekarang ini, ciktie telah mencuba serum dari Sanny & Joleen. Serum yang memang tengah top sekarang ni - Antioxidant Serum !! Rasanya dah ramai yang tahu ni. Memang cepat je kesan tindakbalasnya. Apa yang boleh ciktie bagitau, memang puashati sangat.

Antioxidant Serum

Serum yang dihasilkan dari bahan semulajadi dengan formula tidak berminyak dan bersifat menyejukkan. Selamat untuk kulit dan ia bertindak mencerahkan kulit dan memudarkan kesan jeragat / bintik-bintik hitam dari dalam. Mengandungi Contains Tocotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-Vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3), Calendula dan Minyak Zaitun yang sememangnya diperlukan untuk menaikkan seri wajah agar kulit kelihatan lebih segar, lembut dan sihat sentiasa. Telah diuji secara dermologi tanpa bahan kimia seperti Natrium Laureth Sulphate (SLS), parabens, derivatif haiwan ataupun pewarna tiruan.



Boleh digunakan bukan setakat dekat wajah je tapi dekat mana-mana bahagian badan selain wajah pun boleh. Ia tidak melekit dan bertindak meresap ke dalam kulit dengan cepat dan pantas. Hanya dengan beberapa titik je 2kali sehari iaitu sekali sebelah pagi, selepas mengenakan pencuci dan toner dan  sekali lagi sebelah malam sudah memadai. Lagi yang ciktie suka dengan serum ini selain kesannya tu adalah kerana ianya  ni macam takde bau sangat. Itu yang bestnya guna hari-hari ni 😘😘
Keunikan Utama Serum Antioksidan
Mengandungi Vitamin E** tocotrienol - kajian menunjukkan tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40-60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa varian Vitamin E alpha-tocopherol. (kebanyakan produk penjagaan kulit Vitamin E di kedai adalah tokoferol)



Testurnya jenis cecair, tak pekat, berwarna putih. Terasa macam lembut je meresap ke dalam kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit samada jenis sensitif ataupun tak.

Kandungan Antioxidant Serum
Aqua, Niacinamide, Glycerin, Trehalose, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, Lecithin, Tocotrienols, Calendula Officinalis Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate.

Kelebihan Antioxidant Serum

  • Membaiki tekstur kulit agar lebih sihat, segar, anjal dan tona lebih sekata.
  • Memudarkan bintik-bintik hitam/ parut / jeragat kesan daripada pigmentasi
  • Mengecut, merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
  • Memperbaiki kesan sunburn / lebam bawah mata
  • Mengecilkan pori-pori kulit
  • Melembapkan dan menghidrasi kulit.
  • Membantu melambatkan kesan penuaan
  • Melicinkan dan mencerahkan kulit.

Cara menggunakannya hanya titiskan beberapa titik pada wajah atau mana-mana bahagian badan mengikut kesesuaian dan ratakan keseluruhannya.



Mana nak dapat?? Lupa pula nak bagitau serum ni kita boleh dapatkannya dari farmasi berdekatan je cuma itulah kena check dulu ada jual kat situ atau tak je. Tak maulah nanti bila dah sampai sana barangnya takde kan. Jadi, untuk check senarai farmasi itu kita boleh semak dekat http://sannyjoleen.com/stores

Untuk maklumat lanjut mengenainya boleh layari

Website 

Facebook 

Instagram





Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. saya pun baru cuba serum ni..tunggu nk tengok hasilnya..hehe

    BalasPadam
  2. mama pun pakai serum je sekarang..

    BalasPadam
  3. first time dengar tentang serum ni.. bagus ni.. ada banyak benefit..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com