Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Slot Samarinda TV3 Lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson

April 16, 2020
Lagi 1 episode je lagi drama yang diadaptasi dari novel Derita Terindah karya Eshal Nuranis ini bakal melabuhkan tirainya. Drama yang menghiasinya slot Samarinda TV3 ini kebanyakannya memang tidak mengecewakan. Itu yang membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu episode drama seterusnya tu kan..

Gara-gara terlayan tanpa segaja dekat iflix hari tu terus melekat di hati, walaupun geram sangat dengan perangai Si Haziem yang tak putus-putus pujuk Alongnya tu kahwin dengan Airis. Adoii

Rindu Yang Terindah adaptasi Derita Terindah

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Slot Samarinda TV3 Lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson 

Mengisahkan 3 beradik yang begitu akrab - Hazill, Hazieq dan Haziem. Mereka mempunyai keluarga yang bahagia tetapi sikap ibu mereka yang terlalu melebihkan anak tengahnya menyebabkan si bongsu terasa hati dan dia selalu terasa dirinya tidak sebagus abangnya. Konflik timbul apabila masing-masing meningkat dewasa.

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata disebabkan dendam. Dek termakan hasutan si adiknya, Hazill berkomplot untuk menyiksa Airis, tunangan Hazieq, adiknya yang dipersalahkan oleh Haziem kerana telah menyebabkan mereka kehilangan saudara kandung dan keluarga mereka bersedih.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” - Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazil.”  - Airis Warda

Walaupun berkahwin tanpa rasa cinta dan selalu disakiti, Airis berusaha untuk meraih perhatian suaminya itu. Hazill pula terikat diantara sayang dan dendam. Namun dia berusaha untuk mempertahankan keegoannya. Akhirnya penyakit yang disembunyikannya terbongkar jua.

Ciktie

Kebahagiaan yang baru dikecapi mula goyah apabila Haziem menghasut keluarganya membenci Airis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Hazill yang tidak mahu meneruskan rancangan asal mereka.

Sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, Airis membawa diri jauh dari suaminya untuk menenangkan hati. Masih adakah kebahagiaan buat mereka? Dan mampukah Hazill mendapatkan kembali kepercayaan isterinya itu??




Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. selamat menonton drama ni. nampak mcm best je.
    jom join segmen di blog abe kie.

    BalasPadam
  2. Menyampah tengok Haziem dalam citer ni. Meluat sangat lah..kakak ipar dia dh dermakan buah pinggang kat abang dia pun, dia tak percaya. Agak2 kalau suruh dia, dia nak tak derma buah pinggang dia..huh..

    BalasPadam
  3. This is very interesting content! I have thoroughly enjoyed reading your points and have come to the conclusion that you are right about many of them. You are great. bandar judi slot online

    BalasPadam
  4. I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. สมัครบาคาร่า

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com