SINOPSIS DIA YANG AKU CINTA SLOT SAMARINDA TV3

November 17, 2019
Ada drama baru lagi tau lakonan si Sharnaaz Ahmad tu. Tapii kali ini gandingannya bukan dengan si cantik manis Nelydia Senrose macam selalu tu. Tapi dengan heroin lain la. Heroinnya yang ini pun tak kurang manisnya juga. Suka tengok lakonan tu dalam Drama Semusim Rindu tu walaupun dia cuma memegang watak sebagai adik si Ben dalam drama tu.


Syerinie Myra ! Pelakon baru berusia 18 tahun yang berasal dari Sabah. Kalau nak tahu inilah sebenarnya heroin baru si Sharnaaz yang bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 yang turut bergandingan dengan Luqman Hafidz, dalam drama yang diadaptasi dari novel Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani arahan Along Kamaludin!



Drama 15 episode ini turut dibintangi oleh Watie Sadali, Zila Bakarin, Ruminah Sidek dan ramai lagi la..

Sinopsis Dia Yang Ku Cinta

Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid (Arash Mohamad). Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna (Catriona Ross) apabila ibu kandung mereka meninggal dunia. Kecewa dan terasa dikhianati setelah dimadukan menyebabkan kedua-dua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna dan mereka kerap diseksa dan dimaki hamun walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja.

Puan Marhanna mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Lara Andrew (Siti Khadijah Halim) dan Hafiz Andrew (Luqman Hafidz)! Lara Andrew mempunyai sikap yang sama seperti ibunya tapi berbeza dengan abangnya yang begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati.


Tidak tahan didera menyebabkan Chempaka Amna mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. Walaupun berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun dia berazam untuk kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Luqman (Sharnaaz Ahmad), seorang jurutera yang menjadi pujaan kakak tirinya tanpa diketahuinya telah memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara yang dialami sekian lama. Dan pertemuan ini sebenarnya telah menimbulkan perasaan di hati Luqman.

Dia Yang Ku Cinta

Tapii pertemuannya dengan Lana Andrew secara tidak sengaja di galeri lukisan secara tidak langsung telah menimbulkan konflik percintaan diantara mereka bertiga, namun cinta di hati Hafidz Andrew telah memaksa dia kembali berdepan dengan Mahanna dan Lara Andrew.

Nak tahu apa jadi seterusnya?? Kenalah tengok dramanya ni ye.



Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. drama baru lagi ye. gandingan pelakon baru macam best pulak. Tak sabar nak tengok

    BalasPadam
  2. ramai yg layan citer ni tapi mama tak penah tgk lagi. kalau tgk sure terjebak sama ni

    BalasPadam
  3. This is very interesting content! I have thoroughly enjoyed reading your points and have come to the conclusion that you are right about many of them. You are great. bandar judi slot online

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com