Disebalik Paper @Plastik Bag | Kemas-kemas bilik balik kerja petang semalam terbawa keluar koleksi paper / plastik bag. Sebenarnya ada banyak lagi koleksi paper dan plastik bag dalam simpanan ni. Tapi ini antara yang nak kata terkini tu takde lah juga. Sebab ada yang lagi terkini.  Macam biasa disebalik sesuatu itu tersembunyi ceritanya yang tersendiri. Macam korang jugalah mesti ada sesuatu cerita disebalik sesuatu yang korang tengah bawa tu kan??


Setiap daripadanya masih lagi elok dalam simpanan ni. Ada yang tak sempat nak guna pun ada. Kononnya sayanglah nak guna kan hikhik. Oklah, sebelum sambung kerja jom kita cuci mata dengan koleksi paper /plastik bag ciktie punya dulu.


Yang ini ex-my big boss yang bagi !! Kalau tak silap dalam minggu terakhir tahun 2015 camtulah sebelum ciktie balik ke sini dia bagi. Dia bagi sekali dengan 1 set telekung sembahyang dan sejadah. Comel sangat set ia tu, pink colour lagi tauu 😍😍 Kalau nak tahu, ex big boss ni lembut je orangnya. Orangnya pun lawa cuma simple sangat hhehe. #sukashopping Seronok tau kerja dengan dia ni. Dahlah baik, bertolak ansur pula tapi sekarang dia dah posting ke KKR, dekat dengan Sogo dah. Tah bilalah nak pergi jumpa dia pula ni. Pergi KL selalu je tak kena masa huhu.


Yang ini pula dari roommate kita yang suka travel. Dah banyak tempat dah dia pergi antara NZ, Korea, Singapura, Jepun, China banyak lagilah #kitanijeyangtaktaubila Bila dia balik mesti dia cerita apa yang best dan tak best tempat  dia pergi tu. Suka travel tapi tak suka ambil pakej ! Lebih suka pergi sendiri  dan buat jadual sendiri dengan kawan-kawan dia. Katanya kalau ambil pakej tak boleh nak lama-lama setakat singgah snap gambar dah. Tak puas nak usha tempat best hahaha. Tapii seriously sebelum pergi satu-satu tempat tu lebih kurang setahun juga dia duk study pasal tempat dia plan nak pergi tu. Berselerak juga dengan segala mak nenek buku-buku dan bahan rujukan dia tu hahaha rindu pulak dekat dia 😘😘

Ok, yang ini pula beg dari kawan mak kita ! Dah lama dah usia bag ni. Tambah tolak bahagi campur dalam 10 tahun lebih dah camtulahh. Dengar je kita dapat masuk kerja government 10 tahun lalu, dia hadiahkan beg ni 😍😍 Dan kalau nak tahu inilah beg pertama kita sepanjang berkhidmat dalam government. Korang ingat lagi tak beg pertama korang bawa masa mula-mula dapat kerja tu ?? Hehe


Yang ini pula paper beg pertama dan kedua  kita beli kain batik #kainpasang dekat pasar Siti Khadijah sempena Majlis APC !! Untuk kali ke-3, diorang tak lagi paper beg pun 😥😥 Bukan calang-calang harga sepasang kain batik ni huhu dekat atus-atus jugalah duit keping rm50 kita keluar. It's oklah kita suka design and colour ia tu dan kita pun tahu ia bukan mudah nak dibuat. Lukis tangan bagai pula tu tapiii kalau harganya boleh turun lagi mesti kita lagi -lagilah suka hehe..



Ok cukuplah empat ye. Karang tak terbuet korje pulok ehh kite nihh 😁😁




Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »