Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Jun 05, 2020
Hii, assalamualaikum korang .. selamat berhujung minggu. Sejak-sejak pkp ni boleh dikatakan hari-hari hujung minggu. Dapat bersama keluarga, makan bersama, beriadah bersama. Pendek kata semua boleh buat bersama walaupun masanya banyak dihabiskan di rumah je. Tak apalah tiadalah kita menghirup udara yang tah apa-apa macam sebelum ni kan.


Dah alang-alang cerita pasal kesihatan ni, ciktie nak perkenalkan sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan ciktie iaitu Tips Kesihatan. Dekat situ kita boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best dekat situ ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.

Gaya penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas. Selain itu, kita boleh direct print artikel yang ada kat situ sebagai rujukan manual ataupun nak tunjukkan dekat mak ayah atau sesiapa saje. Klik aje ikon print dekat hujung artikel tu. Format printing dia pun cantik dan tak serabut.

Kalau korang nak dapatkan maklumat berkaitan penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan pun boleh melawat ke sana ya.

Oklah ciktie undur diri dulu. Hingga jumpa lagi ye




Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com