Cara Semak Bantuan Asnaf Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan - (MAIK)

Jun 05, 2020
Alhamdulillah, ada juga sedikit sebanyak rezeki orang kampung kita yang terjejas akibat covid-19 ni. Walaupun ada juga dikalangan kita yang keputusannya masih lagi 50-50, atas angin. Tak pasti samada tersenarai ataupun tidak sebagai penerima bantuan asnaf dari MAIK ni. Siapa-siapa yang tersenarai tu alhamdulillah, syukur. Tahniah ye. Kalau tak silap bantuan pun dah masuk bagi siapa yang dah layak tu.

Tips Mudah Semak Bantuan 

Nak tahu bantuan dah masuk ataupun tidak, ciktie refer korang check online dulu. Kemudian barulah double check dekat mesin ATM ye. Siapa yang pandai internet tu bolehlah volunteer tolong check status permohonan ni.

Sebenarnya cara ini tidak terhad untuk check bantuan covid-19 ni je. Mana-mana bantuan pun sama. Cuma satu ajelah yang volunteer tu jangan pula ambil kesempatan diatas kesempitan orang lain. Tengok orang kampung dapat bantuan kita pun jealous. Ambil bantuan orang tu kemudian pass dekat orang lain. Haru beb.. tapi yang ni biasanya jika melibatkan bantuan makanan la. Kesian pada mereka yang sepatutnya menerima.

Jujurlah dalam melaksanakan amanah ye ✌️

Oklah, bagi korang yang nak tahu macamana nak check keputusan permohonan bantuan dari Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan - MAIK terutamanya mereka yang telah memohon bantuan covid-19 baru-baru ini boleh rujuk bawah ni.

Baca juga :
Bantuan Khas MAIK Kepada Asnaf yang terjejas akibat Covid-19 

Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA)

Sistem ni tak terhad untuk semakan bantuan covid-19 ni je. Bantuan secara One Off yang lain juga boleh di semak dan check dekat sini.  Antara bantuan yang boleh disemak melalui aplikasi Sistem Semakan Bantuan Asnaf  (SSBA) ini adalah 
  • Bantuan Pengajian Ke Institusi Pendidikan Luar Negara - 19202
  • Bantuan Pembangunan Asnaf - 21102
  • Program Kemahiran - 21103
  • Bantuan Am - 21104
  • Bantuan Rawatan Perubatan - 21105
  • Bantuan Persekolahan - 21106
  • Bantuan Sekolah Pondok & Maahad Tahfiz - 21109
  • Bantuan Hari Raya - 21110
  • Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman -  21113
  • Bantuan Rumah Kediaman (Projek Khas) - 21114
  • Biasiswa Tengku Anis (Sek Ren & Men) - 21115
  • Bantuan Rawatan & Perubatan (Projek Khas) - 21116
  • Bantuan Kepada Gharimin - 25101
  • Bantuan kepada Ibnu Sabil - 27101

Cara Semak Bantuan Asnaf Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan - (MAIK)

Cara Semak Keputusan permohonan bantuan Asnaf Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Langkah 1

Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA)

Langkah 2
  • Masukkan no kp dan tekan button semak
Cara Semak Keputusan permohonan bantuan Asnaf Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Langkah 3
  • Maklumat mengenai pemohon akan dipaparkan.
  • Klik Keterangan Lanjut untuk ketahui maklumat lanjut mengenai status permohonan yang telah dibuat.




Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Alhamdulilah, semoga bantuan yang diberikan ini memberi manfaat buat si penerima..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com