Ushasama BMW Malaysia, Childline Foundation Chicco Malaysia sempena Kempen Hari Bapa untuk Menggalakkan Penggunaan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ‘Dari Hari Pertama’.

Jun 13, 2019
Wahhh bertuahnya 6 orang bayi yang dilahirkan tanggal Hari Bapa di Hospital Putrajaya ni. Dapat kerusi kereta khas untuk baby dan kanak-kanak !! Alhamdulillah, syukur. Rezeki orang kata.

Sebenarnya menerusi program, ‘BMW Safety 360° Programme’ edisi kelima, BMW Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Childline Foundation – sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan yang bermatlamat untuk memberi kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan kanak-kanak. Untuk melancarkan kempen ‘Dari Hari Pertama’ (‘From Day One’), kempen tersebut berhasrat untuk menaungi kepentingan kerusi kereta kanak-kanak, terutamanya untuk kelahiran bayi baharu.

Ushasama BMW Malaysia, Childline Foundation Chicco Malaysia sempena Kempen Hari Bapa untuk Menggalakkan Penggunaan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ‘Dari Hari Pertama’.

Dengan sokongan Chicco Malaysia, BMW Malaysia akan menghadiahkan set kerusi kereta ini kepada enam bayi yang pertama dilahirkan pada Hari Bapa di Hospital Putrajaya. Ibu bapa kepada bayi berkenaan juga akan mempelajari amalan yang betul berkaitan keselamatan kanak-kanak daripada konsultan keselamatan penumpang Childline Foundation. Sesi perkongsian tersebut akan meliputi kriteria pemilihan kerusi kereta kanak-kanak yang wajar, kaedah pemasangan yang betul serta kitaran hidup kerusi khas berkenaan.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Sejak tahun 2015, BMW Safety 360° Programme telah beriltizam untuk menaungi nilai-nilai keselamatan bagi pemandu, penumpang serta pengguna jalan raya. Melalui kempen ‘From Day One’, kami berharap pihak ibu bapa menyedari betapa mustahaknya perlindungan seperti ini diberikan kepada bayi mereka sejurus mereka keluar dari hospital bersalin. Kami turut berharap untuk mendidik mereka tentang kaedah pemasangan dan penggunaan yang betul melibatkan kerusi kanak-kanak ini.”



“Sempena musim perayaan ini – Hari Raya, Pesta Kaamatan dan juga Hari Gawai, kami juga ingin mengingatkan para ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka dilindungi dengan kerusi kereta yang sesuai ketika menggunakan jalan raya.” Kepentingannya adalah sama seperti pemakaian tali pinggang keledar, agar tahap keselamatan setiap individu dapat dipelihara,” ujar Harald.

Menerusi kempen tersebut, BMW Malaysia dan Childline Foundation juga mengongsikan informasi penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka selamat sewaktu perjalanan balik kampung masing-masing.

Video tutorial kerusi kereta kanak-kanak boleh dilihat DI SINI.


Setiap kemalangan rempuhan melibatkan tiga jenis perlanggaran, dan kanak-kanak mempunyai risiko tertinggi.

Setiap rempuhan bermula dengan perlanggaran kenderaan; apabila kenderaan berkenaan merempuh sesuatu objek, kenderaan ini akan menyerap daya rempuhan tersebut.

Ia kemudiannya disusuli oleh perlanggaran tubuh manusia; terjadi apabila tubuh badan manusia bergerak ke arah pusat impak mengikut kelajuan asal kenderaan yang disumbang oleh momentum – terhenti apabila pergerakan tersebut dirintangi oleh tali pinggang keledar, beg udara atau cermin hadapan kereta jika tali pinggang keledar tidak dipakai dengan betul. 

Perlanggaran yang ketiga melibatkan perlanggaran dalaman, organ dalaman manusia masih bergerak ke arah impak sehingga ia melanggar struktur tulang tubuh badan. 

Tubuh badan kanak-kanak yang lebih rapuh terdedah kepada risiko paling tinggi di dalam sesebuah kenderaan. Ini adalah kerana tali pinggang keledar yang lazim tidak sesuai untuk digunakan oleh bayi atau golongan kanak-kanak yang masih lagi muda, sebaliknya, perlindungan yang optimum boleh dikecapi melalui penggunaan kerusi kereta yang khas untuk kanak-kanak. Jika dipasang dan digunakan dengan betul, kerusi kereta kanak-kanak boleh mengurangkan jumlah kematian bayi (infant) dalam kemalangan jalan raya sebanyak 71%, dan bayi berusia 12 hingga 36 bulan (toddler) sebanyak 54%.

Anatomi kerusi kereta kanak-kanak dan bagaimana ia mengurangkan daya impak. 

Petala (shell) kerusi berkenaan membentuk asas kerusi kereta tersebut dan ia dirumus mengikut saiz tipikal badan kanak-kanak. Petala ini akan menyerap kebanyakan daya yang terhasil daripada perlanggaran dan membahagikannya ke atas tubuh badan penumpang secara serata. Ia akan mengurangkan jumlah stres yang tertumpu pada mana-mana bahagian badan tertentu jika kerusi tersebut ditetapkan untuk menghadap ke belakang. 

Di bahagian dalam, petala ini terdiri daripada pad lembut yang mampu menyerap tenaga dan mendakap tubuh badan penumpang; ia juga dikenali sebagai perlindungan impak sisi (side impact protection). Ia dapat melindungi kanak-kanak daripada perlanggaran yang terjadi dari sisi, terutamanya impak yang boleh mencederakan bahagian kepala. 

Abah-abah dengan lima titik sentuh yang dirumus untuk mendakap penumpang juga membantu membahagikan daya yang terhasil daripada perlanggaran. Lima titik sentuh tersebut terletak di kedua-dua bahagian bahu, pinggul dan celah kangkang. Perbezaannya dapat dilihat jika dibandingkan dengan tali pinggang keledar biasa yang direka untuk saiz tubuh badan individu yang lebih dewasa.

Pilih kerusi kereta yang betul.


Kerusi kereta bayi dan kanak-kanak melibatkan aspek pemilihan serta penggunaan yang sama pentingnya. Kerusi bayi yang menghadap ke belakang boleh digunakan untuk bayi baru lahir sehingga ia mencecah berat setinggi 13kg; sementara kerusi kereta konvertibel serta kerusi kereta konvertibel 3 dalam 1 boleh digunakan sehingga berat bayi mencecah 18kg, dan 25/36kg bagi jenis kerusi masing-masing. 

Bayi harus diletakkan di atas kerusi yang menghadap ke belakang sehingga beratnya mencecah 13kg atau usianya mencecah 15 bulan. Untuk perlindungan yang lebih baik, kekalkan posisi sama sehingga bayi mencecah berat maksimum yang dipaparkan pada kerusi tersebut atau apabila kepala bayi berkenaan menyentuh bahagian atas petala kerusi ini, patuhi arahan tersebut jika mana-mana kondisi yang dinyatakan ini dipenuhi terlebih dahulu. 

Ibu bapa juga disaran untuk menggunakan kerusi tinggi berpenyandar (high back booster) berbanding tanpa penyandar (backless boosters). Ini adalah kerana kerusi tinggi yang didatangkan dengan penyandar menawarkan sokongan yang diperlukan oleh bahagian kepala. Sesetengah kerusi tinggi berpenyandar dioperasikan dengan abah-abah lima titik sentuh untuk kanak-kanak sehingga berat mereka mencecah 18kg, kerusi tersebut kemudiannya boleh digunakan dengan tali pinggang keledar untuk kanak-kanak dengan berat mencecah 36kg. 

Ibu bapa boleh beralih kepada penggunaan tali pinggang keledar sekiranya anak mereka mematuhi lima langkah ini:

Gunakan posisi menghadap ke belakang selama yang mungkin.

Antara semua kemalangan kereta yang berakhir dengan kehilangan nyawa atau kecederaan serius, 72% daripadanya disebabkan oleh perlanggaran dari hadapan, maka kerusi yang ditetapkan untuk menghala ke belakang boleh mengurangkan risiko kecederaan. Setiap titik yang penting pada bahagian belakang tubuh kanak-kanak dapat disentuh, maka ia membolehkan daya impak diserap dengan lebih baik oleh kerusi yang dilengkapi dengan pad lembut ini. Sebaik sahaja impak perlanggaran terhasil, kerusi yang menghala ke belakang membahagikan daya impak ini secara serata di bahagian tubuh belakang serta leher penumpang kanak-kanak berkenaan sambil membekalkan sokongan.


Sebaliknya, kerusi yang dihalakan ke hadapan tidak dapat berbuat demikian dengan sebaiknya. Apabila perlanggaran berlaku, badan kanak-kanak akan ditahan oleh abah-abah lima titik sentuh tersebut. Bagaimanapun, kepala mereka masih akan bergerak ke hadapan dan boleh mengakibatkan kecederaan leher yang serius. 

Cara untuk memasang kerusi kereta kanak-kanak. 

Kebanyakan perlanggaran berlaku dari hadapan, maka ruang yang paling selamat ialah di bahagian belakang kabin kenderaan. Ibu bapa juga boleh memeriksa manual kenderaan untuk mengetahui posisi mana yang paling ideal bagi kerusi kereta yang tertentu. 

Jangan sesekali letakkan kerusi khas tersebut di tempat duduk penumpang hadapan yang dilengkapi sistem beg udara. Ketika memasang kerusi kereta berkenaan, ingat untuk memastikan pangkalan kerusi khas ini ditetapkan dengan rapi di atas tempat duduk kenderaan; ia seharusnya tidak berayun, bergelingsir, bergoyang atau berpotensi untuk tertungkup. Kerusi kanak-kanak ini masih longgar jika ia dapat bergerak lebih daripada seinci ke hadapan atau ke arah sisi. Gunakan klip pengunci (lock-off), jika disediakan, untuk memastikan kerusi tersebut sentiasa terpasang dengan rapi. 

Cara untuk meletakkan bayi di atas kerusi kereta kanak-kanak. 

Sebelum anda meletakkan bayi di atas kerusi tersebut, pastikan anda memakaikan pakaian nipis yang sesuai untuk bayi anda, dan tidak menyarungkannya dengan kain atau selimut. Seusai bayi diletakkan di atas kerusi itu dengan selamat, selimut yang ringan boleh digunakan untuk menyelubungi bayi berkenaan.


Selepas abah-abah kerusi tersebut dikenakan pada bayi, ibu bapa harus menjalankan ujian ‘dua jari’. Dua jari diselit di antara celah kabel abah-abah dan tulang selangka (collarbone) bayi, kemudian jari tersebut diputarkan pada sudut 90゚. Jika selitan dua jari ini dapat diputar, maka abah-abah tersebut masih longgar dan perlu diketatkan. 

Pertimbangkan aspek piawaian keselamatan ketika memilih kerusi kereta kanak-kanak. 

Disarankan untuk mencari kerusi kereta kanak-kanak yang mempunyai persijilan ECE R44-04. Informasi tersebut biasanya terpapar pada pelekat berwarna oren yang terletak di belakang atau sisi kerusi khas ini. Pelekat tersebut turut memberi indikasi ‘UNIVERSAL’ atau ‘SEMI-UNIVERSAL’ yang menandakan jenis-jenis kenderaan yang telah diluluskan untuk kerusi tersebut. 

Kerusi kereta kanak-kanak diwajibkan mulai 2020. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kerusi kereta kanak-kanak akan diwajibkan bagi semua kereta persendirian mulai Januari 2020. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), risiko kecederaan yang berjumlah 80% lebih rendah dicatat oleh kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun yang menggunakan kerusi khas ini dengan tetapan menghadap ke belakang. Bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun, kerusi kanak-kanak dengan tetapan yang sama mengurangkan risiko kecederaan sebanyak 52%. Hoelzl menyimpulkan dengan berkata, “Kami ingin melihat peningkatan dalam penggunaan kerusi kereta kanak-kanak setelah penguatkuasaan tersebut mula dilaksanakan. Namun begitu, kami juga ingin mengingatkan para ibu bapa bahawa mereka harus gunakan kerusi kereta kanak-kanak mulai sekarang untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa dilindungi.”

--------------------------------------------------------------------------------------------------

About BMW EfficientDynamics
BMW EfficientDynamics was coined by BMW more than a decade ago to define the company’s long term sustainable strategy to produce fuel-saving and alternative vehicle concepts through clean production processes. It is an array of technologies that are already fitted as standard across practically the whole model range. As the manufacturer with the most comprehensive programme for reducing fuel consumption and emissions, BMW EfficientDynamics are designed to enhance the performance and driving pleasure of the vehicles at the same time. In 2007, BMW was awarded a “Green Steering Wheel” for outstanding environmental innovation for its BMW EfficientDynamics technology.

The BMW Group
With its four brands BMW, MINI, Rolls-Royce and BMW Motorrad, the BMW Group is the world’s leading premium manufacturer of automobiles and motorcycles and also provides premium financial and mobility services. The BMW Group production network comprises 30 production and assembly facilities in 14 countries; the company has a global sales network in more than 140 countries.

In 2018, the BMW Group sold over 2,490,000 passenger vehicles and more than 165,000 motorcycles worldwide. The profit before tax in the financial year 2018 was € 9.815 billion on revenues amounting to € 97.480 billion. As of 31 December 2018, the BMW Group had a workforce of 134,682 employees.



The success of the BMW Group has always been based on long-term thinking and responsible action. The company has therefore established ecological and social sustainability throughout the value chain, comprehensive product responsibility and a clear commitment to conserving resources as an integral part of its strategy.


Website :   www.bmwgroup.com







About BMW Malaysia Sdn. Bhd

BMW Group Malaysia is the representative of Bayerische Motoren Werke (BMW) AG in Malaysia with activities that cover the wholesale of BMW, MINI and BMW Motorrad vehicles, spare parts and accessories as well as the overall planning of sales, marketing, after-sales, and other related activities in Malaysia. The organisation’s presence in the country includes its National Sales Centre (NSC) in Cyberjaya and BMW Assembly Facilities at the Kulim Hi-Tech Park, Kedah which supports the Malaysian region as well as the BMW Group Data Centre (GDC), BMW Group Regional Training Centre (RTC) in Cyberjaya and BMW Group Parts Distribution Centre (PDC) at the Free Industrial Zone of the Senai International Airport in Senai, Johor which supports 22 markets in the Asia-Pacific region. BMW dealership network covers 39 outlets in various cities in Malaysia.


Website







































Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. masa anak2 masih baby meme abe kie letak mrka dlm baby seat tp bila mrka dah boleh merangkak, x mahunya duduk d dalam.

    BalasPadam
  2. program yang baik. perkongsian yang menarik

    BalasPadam
  3. Wah bagus betul BMW ni menitikberatkan keselamatan kanak-kanak dan bayi

    BalasPadam
  4. Keselamatan perlu dijaga. Twrbaik usahasama BMW

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com