Majlis Gotong-royong Untuk Menyambut Kedatangan Keluarga Pesakit Pediatrik Sempena Pembukaan Rumah Ronald McDonald Ke-2 di Hospital USM Kini DiBuka

Jun 25, 2019
Alhamdulillah, akhirnya yang ditunggu-tunggu  menjelma juga. Setelah menunggu hampir setahun proses  pembinaan Rumah Ronald McDonald Ke-2 (RMHC Malaysian) di Hospital Sains Malaysia (HUSM Kubang Kerian) selesai dilaksanakan. Kini keluarga para pesakit Pediatrik berhampiran boleh menarik nafas lega. Sempena Pembukaannya,  RMHC Malaysia  telah mengadakan majlis gotong-royong untuk menyambut kedatangan keluarga pesakit Pediatrik!!


Majlis Gotong-royong Untuk Menyambut Kedatangan Keluarga Pesakit Pediatrik Sempena Pembukaan Rumah Ronald McDonald Ke-2 di Hospital USM Kubang Kerian Kini DiBuka 

Bertempat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan majlis gotong royong sempena pembukaan Rumah Ronald McDonald pada 23 Jun 2019 bagi menyambut keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital USM dan hospital-hospital sekitarnya.

Pembukaan Rumah Ronald McDonald yang megah berdiri di Hospital USM menjadikannya Rumah Ronald McDonald ke-dua di Malaysia selepas yang pertama dibuka di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999.



Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia - Azmir Jaafar berkata, “Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di HUSM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih daripada 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban keluarga pesakit, malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga-keluarga ini kekuatan emosi dengan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak mereka yang sakit.”






YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia berkata, “Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di kampus Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Ini adalah penting kerana secara tak langsung, ia akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediaktik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga.”

Dengan kos pembinaan bernilai RM4 juta, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur serta ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Selain daripada itu, rumah ini juga ternyata lebih istimewa dengan adanya Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.


Rumah Ronald McDonald yang direalisasikan hari ini adalah sumbangan RMHC Malaysia, McDonald’s Malaysia, rakan-rakan niaga, dan pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menyumbang melalui tabung RMHC yang terletak di lebih daripada 275 restoran McDonald’s di seluruh negara.

Turut hadir pada Majlis Pembukaan Rumah Ronald McDonald adalah YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan/Pengarah Hospital USM.




Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital USM, Kelantan atau ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela boleh menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lanjut.


Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. Alhamdulillah..memudahkan keluarga pesakit untuk berulang melawat pesakit di hospital..

    BalasPadam
  2. cantik kan cik tie... puashati.. lawa sangat

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...

    aktiviti yang menarik dan penuh bermakna

    BalasPadam
  4. program yg bagus.. tahniah semua

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah,bagus inisiatif McDonalds ni

    BalasPadam
  6. Bagus usahanya. Alhamdulillah.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com