Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Jun 10, 2019
Rempah Ratus Mak Siti! Siapa yang tak kenal dengan rempah ratus turun temurun keluaran Mat Siti dari Johor ni. Majoriti semua orang kenal. Benda wajib ada di dapur. Mudah diperolehi dan harganya cukup berpatutan. Ia bukan sahaja boleh diperolehi dari pasaraya tetapi juga di kedai-kedai runcit dah sekarang ni. Siapa sangka rempah ratus yang pada awal kemunculannya dilakukan kecil-kecilan sekadar untuk menyara keluarga mampu bertahan dan mencapai kejayaan sebenar ini tapii tahukah korang disebalik kejayaan yang dikecapinya ini sebenarnya pengasasnya pernah dikutuk dan dihina hanya kerana menjalankan perniagaan rempah yang dianggap enteng pada ketika itu.

Nasib baik juga beliau sekeluarga kuat semangat dan menjadikan kutukan dan hinaan tu pembakar semangat kalau tak hmm tak merasalah kita Rempah Ratus Mak Siti ni.


Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Meneruskan legasi perniagaan keluarga bukanlah sesuatu yang mudah bagi Puan Siti Khawa Jannah dan suami Tuan Mohd Hafizan Yusoff. Selaku pengurus besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd, beliau telah berusaha keras untuk memajukan perniagaan keluarganya. Terkini beliau telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus Mak Siti daripada paket biasa kepada paket baru dalam botol.


Awal pembabitannya merupakan detik sukar dihadapinya tanpa pengalaman selok belok perniagaan dan harapan besar yang disandarkan dibahu menyebabkan perniagaannya pada waktu itu tidak  tentu arah. Berlaku penyelewengan dikalangan pekerja melibatkan amaun ratusan ribu ringgit dan ketidakpercayaan pekerja terhadap kemampuannya ditambah pula ketika itu beliau masih muda dan mentah.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa sebenarnya telah menimba pengalaman dari bawah. Beliau pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan kerani di sebuah firma audit dan perakaunan sebelum meneruskan legasi perniagaan keluarga.

Minatnya yang mendalam dalam perniagaan sebenarnya telah  timbul semenjak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, beliau pernah berniaga air dan jajan disekitar kawasan perumahannya. Seterusnya beliau berniaga kerongsang, rantai tangan dan leher manik buatan sendiri sebelum beliau menjalankan perniagaan pinjaman buku kepada kawan-kawannya.

Menganggap setiap cubaan yang berlaku adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik. Siti Khawa merancang untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri.


Rempah Ratus Mak Siti

Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi yang tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan. Menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti yang cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa sahaja menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaannya.


Diasaskan oleh Tuan Haji Nasuha Kasim dan isterinya,  Puan Hajah Hajir Salleh atau lebih dikenali sebagai Mak siti. Sesuai untuk vegetarians. Produk utamanya adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Ia ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).



Kini Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 yang lalu dan telah  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Pada awalnya kilang Mak Siti diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Disitulah mereka tinggal dan usahakan perusahaan rempah sebelum berpindah ke atas tanah seluas 3200 ekar di Muar, Johor. Disanalah segala aktiviti daripada perladangan, pemprosesan ataupun pengedaran dilakukan. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba, Malaysian Guiness Book of Record 2014 dan  mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Selain mengusahakan ladang Rempah Ratus, Mak Siti juga sebenarnya mengusahakan sebuah restoran Masakan Melayu Tradisional yang berkonsepkan makanan ibu yang menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.


Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah.



Keinginan untuk memberikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya menepati selera orang tempatan, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah ratus zaman berzaman keluaran syarikatnya dan seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG dan untuk memastikan kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin, pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar juga sentiasa diterapkan.

Restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu Asli seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera sesiapa  sahaja yang menggemari masakan  Melayu Asli.

Mengutamakan kualiti bukannya kuantiti, pelanggan bebas memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup atau masakan laut dengan harga berpatutan. Restoran Mak Siti juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara ini pelanggan dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka.


Harapan ciktie semoga perniagaan Rempah Ratus Mak Siti bertambah maju dan dikenali ramai diseluruh pelusuk dunia setanding dengan jenama antarabangsa yang lain. Untuk dapatkan lebih maklumat mengenai Rempah Ratus Mak Siti, Korang boleh layari

Website
https://www.maksiti.com
Facebook
Rempah Mak Siti
Instagram
Rempah Mak Siti
Twitter
Rempah Mak Siti 
Whatsapp
017-3309330

Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com