Tips Supaya Tanaman Yang Ditinggalkan Tak Layu Semasa Balik Ke Kampung

Jun 01, 2019
Owahhh kreatif betullah !! Senang dan mudah je. Tak pernah terfikir pun sebelum ni. Lepas ni tiada masalah lagilah kalau nak tinggalkan cik pokok kesayangan kalau nak kemana-mana. Nak balik kampung..nak travel dua tiga hari kiranya sempatlah kita balik semula ke rumah sebelum cik pokok tu layu kekeringan.

Terima kasih Puan Lina Sahedin sebab kongsikan tips ni. Sebenarnya kalau kita taknak guna plastik, nak guna botol air mineral pun boleh. Caranya sama je bezanya plastik dan botol je! Memang tips yang cukup berguna sangat buat kita-kita terutamanya yang hobinya menanam pokok ni.

Tips Supaya Tanaman Yang Ditinggalkan Tak Layu Semasa Balik Ke Kampung

Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.
Caranya :-

  • Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik. 
Bungkusan air

  • Letakkan ke dalam pasu dan cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
  • Untuk stabilkan kedudukan plastik dalam pasukan, kita boleh gunakan garfu sebagai sokongan. 


  • Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari.

Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. tips yang bagus ni... banyak nak kena buat kat rumah cik ash banyak aduhaiiii

    BalasPadam
  2. good info boleh try sebab rumah saya mak suka gilaa tanam pokok!

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    BalasPadam
  3. selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir dan batin.
    thanks for your tips...

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Tie..
    Wah menarik tips ni. Selalu bila LZ balik bercuti pasti tanaman kering sebab kurang air.
    Lepas ni boleh cuba..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com