Resepi Mudah : Sup Ikan Merah Simple Tapi Sedap - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, February 7, 2019

Resepi Mudah : Sup Ikan Merah Simple Tapi Sedap


Untuk kesekian kalinya masak sup ikan merah lagi. Tah kali keberapa tak tahulah ni hehe. Mula-mula masak hari tu saje try and error. Nak tahu mana lagi sedap diantara buat kari dengan sup. Tapi kari tu my sis dekat Penang tu memang terer la. Perghhh memang terbaik. I like ! Terasa ia punya rempah semua tu tapi sampai sekarang ciktie tak pernah masak lagi kari macam tu. Kalau kari biasa-biasa ni pernahlah jugak. Lepaslah selera nak masuk mulut sendiri orang kata. Cuma kari ikan merah tu belum lagi. In shaa Allah, lepas-lepas ini kot kita try macamana.


Oklah kita tampal dulu siap-siap resepi sup ikan merah kat sini. Bukan apa versi sup ni sebenarnya ada banyak jenis. Yang ni jenis simple tak banyak bahan. Nanti kita cuba yang bahannya tu lebih sikit.  Lepas tu kita tengok permintaan versi mana yang paling tinggi pula.

Sup Ikan Merah Simple Tapi Sedap

Bahan

3 keping ikan merah / nak guna bahagian kepala sahaja pun boleh
5 ulas bawang merah *potong
4 ulas bawang putih *potong 
2 inci halia *potong kasar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji ubi kentang *jika perlu
1 biji arot *jika perlu
1 keping asam gelugur
1 sudu lada hitam *ditumbuk
1 sudu kecil secukup rasa Maggi
3 helai daun ketumbar jawa /daun bawang 
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat

  • Tumis halia, bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  • Masukkan 8cawan air / air secukupnya, ubi kentang dan karot. Masak sehingga hampir lembut
  • Masukkan lada hitam, ikan, garam, asam keping dan secukup rasa dan biarkan sehingga ia masak sepenuhnya.
  • Taburkan daun ketumbar dan daun bawang dah siap. 

Senang je kan..




15 comments:

  1. Lamanya SA x buat sup ikan merah..tapi selalunya suka part kepala

    ReplyDelete
  2. tak pernah try buat lagi sup ikan ni. Nanti nak buat la :D

    ReplyDelete
  3. Sedap ni..
    Ada ikan mancing tu, nanti nak buatlah ...

    ReplyDelete
  4. Wah, sedapnya.. Walaupun ringkas tapi nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. Wow, sangat menyelerakan 😋
    Nanti nak try buat la...

    ReplyDelete
  6. kiteee suka sup ikan merah. kalo mak buat suka makan saja..
    hehehe..

    ReplyDelete
  7. sedapnya xpernah makan lagi ikan merah..

    ReplyDelete
  8. seriously, aida pernah masak skali sup ikan merah, ciktie.
    tapi, tak brape ok la aida masak :(
    sup nyer hanyir! since then, tak pernah masak dah.
    merasa kat kedai aje.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox