Gong Xi Fa Cai | Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina - Ciktie Dot Com

Breaking

Wednesday, February 6, 2019

Gong Xi Fa Cai | Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina


Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya terutamanya kepada semua masyarakat Tionghua di negara kita. ‪Semoga lembaran tahun baru ini, memberi kebahagiaan, kemakmuran, kekayaan dan kegembiraan yang berganda kepada kita semua.  ‪Gōngxǐ fācái, xīnnián jìnbù

Macam biasa orang lain yang menyambutnya kita yang sibuk ambil cuti. Bukan apa sama-sama meraikannya. 1Malaysia dengan pelbagai kaum keturunan di dalamnya.


Gong Xi Fa Cai ! Tahun Baru tak akan meriah tanpa buah limau mandarin, tanglung, kuih bulan, warna merah, bunga sakura lagi 2 bunga lupa dah bunga apa, mercun serta tarian singa. Sekarang inipun berdentum-dentum bunyi mercun. Ehh silap masa bunyi tu malam pertama sambutan tahun baru cina tu. Kira ia simbolik sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. 

Perayaan Tahun Baru ataupun lebih dikenali dengan Perayaan Musim Bunga di China ini adalah permulaan kepada bulan baru/ zodiak baru. Ia bermula dari hari pertama hingga hari ke-15 pada bulan pertama.

Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai.

Sebagai penghargaan, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang  dilahirkan dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, Ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.

Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina

Warna Merah

Lebih dikaitkan dengan elemen api, kegembiraan, cemerlang, bahagia, bertuah dan lain-lain yang seangkatannya.  Dilarang mengenakannya dalam majlis yang mendukacitakan. Warna ini memang menjadi pilihan untuk sambutan perayaan ataupun majlis kebesaran.


Kuih Bakul

Kuih tradisi paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakannya pada masa perayaan dipercayai membawa tuah kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Makan besar

Melambangkan keutuhan sesebuah keluarga. Telah lama diamalkan dan merupakan aktiviti paling penting dalam perayaan tahun baru. Sebab itu walau dimana mereka berada, semua anggota keluarga / sanak saudara dekat ataupun yang berada di perantauan akan pulang dan sama-sama nikmati hidangan makan besar ini.
Merupakan simbol permulaan yang baik untuk tahun-tahun yang akan datang selain dapat merapatkan hubungan dan ukhwah sesama mereka.

Limau Mandarin

Dalam bahasa Cina ianya bermaksud emas. Yang merujuk kepada kekayaan dan mereka percaya siapa yang makan buah ini akan mendapat kemakmuran dan kekayaan.



Hiasan bungaan seperti Bunga Kekwa, Teratai, Orkid, pokok buluh

Simbolik kepada harapan, keamanan, kedamaian serta ketenangan.
Bunga plum– melambangkan tuah
Kumkuat– melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa– melambangkan panjang umur
Buluh– tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari– bermaksud tahun yang elok

Membakar mercun

Terutamanya menjelang tengah malam sehingga membingitkan telinga., sebenarnya selain menambahkan kemeriahan sempena sambutan tahun baru, ia juga dipercayai akan dapat menghalau segala nasib malang, tolak bala, usir puaka dari kawasan rumah serta menjemput sesuatu yang baik seperti tuah, kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan ke dalam rumah.

Tanglung

mewujudkan suasana kemeriahan dan keceriaan yang harmoni. Semasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru untuk menghalau binatang  / raksasa yang bernama Nian yang menganas di kawasan rumah mereka. Warna merah dipercayai sangat ditakuti oleh Nian.

Pesta Tanglung

->perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke-15 kalendar Cina, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari).
->Perayaan ini menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan ini juga dikenali sebagai Yuanxao Jie. Pesta Tanglung dikenali juga sebagai Hari Valentine Cina.



->Pada zaman dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk bebas berjumpa. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan yang paling sesuai dengan mereka.
->Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua pula beberapa ribu tahun lampau, pesta ini diadakan sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah pergi terlebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan. Selepas tamat jamuan 15 hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang digantung.

Tarian Singa

Simbolik untuk sambutan tahun baru Cina sambil menghalau puaka dan musibah dari kawasan rumah.

Chap Goh Mei

->Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud ‘10’, Goh adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah ‘malam’.
->Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.



->Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.
->Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, ia satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh komuniti Cina kerana ada sebahagiannya yang beranggapan Chap Goh Mei merupakan Hari Kekasih versi kaum itu. Pada malam perayaan Chap Goh Mei, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul dan makan secara besar-besaran dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah bagi menghidupkan lagi suasana.
->Secara adatnya, pada hari tersebut, akan dimainkan muzik balada cinta yang dipanggil Dondang Sayang yang diperdendangkan di jalanan dengan instrumen biola, gendang dan gong. Ada ketika, ia menjadi komedi apabila liriknya digubah sendiri oleh penyanyi.
->Pulau Pinang merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang membuat sambutan besar-besaran meraikan Chap Goh Mei. Pada malam itu, kerajaan negeri akan menghidangkan makanan-makanan enak di sepanjang jalan selain permainan, persembahan budaya Baba Nyonya dan kuiz. Turut disajikan, perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar 'Chingay'.

Sumber : Astro Awani



6 comments:

  1. dulu jiran sbelah rumah cina muslim.. dia akan kasi kuih bakul. sedap..!! tingat lak kat amoi tu..

    ReplyDelete
  2. gong xi fa cai kepada semua yg menyambutnya

    ReplyDelete
  3. paling shu nantikan setiap tahun, buah limau. hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Hepy CNY kepada yang menyambut perayaan ni.

    ReplyDelete
  5. Semoga tahun ni tahun ong buat mereka semua...

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox