Resepi Mudah Nasi Ayam

Februari 07, 2018
Dah lama tak masak nasi ayam! Last masak bila dah ek hmmm dah lama dah tapi dalam tahun lepas juga la. Tapi dah lupa bila hehe..Kali ni ciktie nak tampal kat sini siap-siap resepi nasi ayam ni. Sementara masih ingat lagi resepinya. Kalau tak jenuh juga nak mencari dalam himpunan kertas-kertas ni.


Perapkan ayam *seekor je yang telah dibersihkan bersama 3ulas bawang putih dan seinci halia yang telah dikisar seketika sebelum direbus. Masukkan 1 kiub ayam dan pastikan air untuk rebusan ayam itu banyak sebab nanti kita nak guna air rebusan ayam ni. Ayam tu rebus setengah masak je tau..

Untuk Nasi
3 cawan beras *cuci dan ditoskan
Sedikit mentega
Sebiji bawang merah *kisar
2 ulas bawang putih *kisar
Sebatang serai *kisar
Sedikit halia *kisar
Sebatang kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang 
2biji buah pelaga
Sehelai daun pandan
Kiub ayam
Garam secukup rasa


Caranya
  1. Panaskan periuk. Masukkan  mentega  dan dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan biji pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan* sehingga nak-nak garing. Seterusnya masukkan sedikit air kunyit yang telah ditoskan.
  3. Masukkan beras dan goreng ianya sehingga beras ia kelihatan macam garing!  Beras tu nampak macam sebijik-sebijik pastu cam ada putih-putih. 
  4. Masukkan air rebusan ayam kalau air tak cukup campurkan dengan air biasa, garam secukup rasa dan daun pandan. 
  5. Seterusnya biarkan nasi itu masak seperti biasa!



Ayam
  1. Asingkan ayam dengan air rebusan ayam.
  2. Ayam yang diasingkan digaulkan bersama 3ulas bawang putih dan setengah inci halia yang telah dikisar, kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Nak lagi sedap masukkan sedikit madu.
  3. Perap seketika sebelum digoreng. Boleh juga dipanggang!


Tips - untuk bagi ayam tu nampak berkilat! Sapukan sedikit minyak zaitun.



Air lada
  1. 3biji lada besar, 2biji tomato, 1 biji lada kecil diblend hancur. Nak lagi pedas boleh tambah cili lagi.
  2. Kemudian campurkan ia bersama setengah cawan air rebusan ayam.
  3. Masak hingga mendidih dan tambah sedikit gula dan garam untuk seimbangkan rasanya



Kicap
  1. Kicap lebihan perapan ayam tadi dicampur bersama setengah cawan air rebusan ayam.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.



Sup
  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam dan sedikit isi ayam.
  3. Biarkan sehingga ianya mendidih.
  4. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.



Dah siap! Sekarang barulah boleh nak goreng ayam yang diperap tu! Lagi lama kita perap lagi sedap ianya.




Share this :

Previous
Next Post »

10 ulasan

  1. Sedapnya... Nice sharing ciktie,nanti kalau ada tetamu boleh nak try. Makan sorang x best. Hehe..

    BalasPadam
  2. sedapnya.. meh pos sikit.. hehehe..
    belum pernah lagi mencuba masak nasi ayam ni..

    BalasPadam
  3. Nammmpak menyelerakan nasi ayam ni . Antara feveret CCL juga . Ayam tue kalau diperap seharian memang sedap ..terasa dalam isinya

    BalasPadam
  4. aduhaiii sabar la hati...
    sebab no kena pantang makan ayam :(

    BalasPadam
  5. cik tie..bila nak panggil cik nor mkn2 kt umah cik tie..hihi

    BalasPadam
  6. kalau nasi ayam, ray akan tgk nasi dulu. kalau nasi tak muak the it's okay.

    BalasPadam
  7. Suka nasi ayam ni tapi agak renyah nak sediakan bahan2 dia..haha..tak pe, tak pe..klu mood rajin mai nanti, boleh terjah resipi cik tie ni ;)

    BalasPadam
  8. uihh nampak menyelerakan
    suke nasi ayam
    mmh sllu masak ni kalau orang dtg
    senang

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com