McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan pagi terbaharu - Ciktie Dot Com

Breaking

Friday, February 22, 2019

McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan pagi terbaharu


McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan pagi terbaharu | Sandwich untuk sarapan pagi menawarkan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk pelanggan

Petaling Jaya, 21 Februari 2019 – Rakyat Malaysia kini boleh memulakan pagi mereka dengan dua menu sarapan pagi baharu McDonald’s – Scrambled Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich.


Dengan dua sandwich baharu ini, pelanggan bakal dihidangkan dengan telur hancur yang gebu, ditambah pula dengan keju cheddar dan sos berkrim istimewa serta ban lembut yang dibakar sempurna. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah kepingan sosej ayam dalam hidangan Sausage & Scrambled Egg Sandwich untuk sarapan pagi yang lebih enak dan mengenyangkan.

“Walaupun mufin Inggeris telah sekian lama menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi oleh para pelanggan McDonald’s, kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk memberikan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk para pelanggan. Sandwich yang disediakan segar ini menawarkan kenikmatan seperti ‘cair di dalam mulut’, hasil daripada penggunaan bahan-bahan dari kualiti terbaik semasa penyediaannya. Menu sandwich terbaharu ini mampu memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan semasa sarapan pagi,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.
                                                                          
Scrambled Egg Sandwich boleh didapati bermula dari harga RM8.50 untuk set sarapan pagi yang dihidangkan bersama hashbrown dan McCafe Premium Roast Coffee. Untuk mereka yang inginkan nilai yang lebih berbaloi, Scrambled Egg Sandwich ini juga boleh didapati dengan pembelian promosi McSavers Breakfast Mix & Match dengan harga RM6.99.

Tawaran dan promosi tambahan untuk menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati di aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store. Menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati mulai jam 4 pagi hingga 10 pagi setiap hari.

6 comments:

  1. wah ada menu breakfast baru di McD.

    ReplyDelete
  2. wow boleh tahan...

    harga pun mampu beli..

    yang pasti sedap pasti terasa

    ReplyDelete
  3. sedapnya scrambled egg amam suka nanti boleh try

    ReplyDelete
  4. lama dah x bekfes di mcD.
    anak2 suka burger yg bukan time bekfes :)
    terpaksa la lunch or dinner je, ciktie.

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak beli sarapan di McD..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox