Keputusan AJL Ke-33 - Ciktie Dot Com

Breaking

Monday, February 4, 2019

Keputusan AJL Ke-33


Tak sempat nak tengok full AJL 33 pun malam tadi. Yang sempat tengok pun satu persembahan je sebelum keputusan rasminya diumumkan. Persembahan sang juara. Itupun cilah ciluk tukar channel saat-saat akhir hikhik.

Persembahan Misha Omar dan Sufian Suhaimi pun sebenarnya dah tengok dah pagi tadi. Semuanya gara-gara twit adik si el tu juga hehe.. nak terus tengok malam tadi tu dah mengantuk. Emmm sebenarnya ingatkan diorang tayang pelamin el tu betul-betul dekat pentas hehe


Ok kita tinggalkan apa yang terjadi tu. Mungkin ada salah faham kot kat situ. Btw, tahniah kepada semua finalis yang telah membuat persembahan malam tadi dan tahniah juga buat para pemenangnya. Juara AJL yang dimenangi oleh  Hael dan Dayang Nurfaizah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi. Naib juara pula menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Manakala tempat ke-3 pula menerima wang tunai sebanyak RM20,000 dan trofi. 

Vokal dan persembahan terbaik pula masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM12,000 dan trofi.

Keputusan AJL  Ke-33 


Juara 
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah 

Naib Juara 
Bunga - Ara Johari

Tempat ketiga 
Sampai Bila - Misha Omar 

Vokal Terbaik 
Misha Omar 

Persembahan Terbaik
Sufian Suhaimi 

Penyanyi yang bertanding AJL Ke-33 


  • Khai Bahar - Luluh (komposer dan penulis lirik Khai Bahar) 
  • Haqiem Rusli menampilkan Aman Ra - Jatuh Bangun (Haqiem Rusli/ Omar K/ Ikhwan Fatanna dan lirik Haqiem Rusli/ Omar K/ Ikhwan Fatanna/ Aman Ra) 
  • Syamel - Kau Pun Sama (Syamel, Kidd Santhe/DJ Biggie of Monster Sound dan lirik Syamel) 
  • Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang (Farouk Roman dan lirik Amylea) 
  • Hael Husaini - Hajat (komposer dan lirik Hael Husaini/ Ezra Kong) 
  • Siti Nordiana dan Jaclyn Victor - Nisan Cinta (Hael Husaini/ Mike Chan/ Ezra Kong dan lirik Hael Husaini Mike Chan/ Ezra Kong) 
  • Sufian Suhaimi - Di Matamu (Komposer dan lirik Sirkhan/ Rinkarnaen) 
  • Altimet (digantikan DeFam) - Bunga (Omar K/ John Jeevasingham dan lirik Altimet) 
  • Siti Sarah - Semakin (Komposer dan lirik Mera Utama) 
  • Ara Johari - Bunga (Hang Nadim/ Laq/ Kadok dan lirik Hang Nadim) 
  • Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah - Haram (komposer dan lirik Hael Husaini/ Ezra Kong) 
  • Misha Omar - Sampai Bila (Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya/ Shah Shamshiri)








3 comments:

  1. AJL33 kali ni layan dari awal sampai habis. Maybe sebab banyak lagu yg masuk jiwa. Tahun lepas buat xtau je AJL. Hehe

    ReplyDelete
  2. shu ingatkan siti nordiana & jaclyn menang. heee btw tahniah semua pemenang

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox