Sinopsis My Future Husband Lakonan Mira Filzah, Amy Mastura, Sean Lee, Malek Mccrone

Mac 20, 2021

Hiii terlayan tayangan perdana My Future Husband la pula kita malam ni. Sebelum ini ada juga terbaca sinopsis cerita ni. Tapi lupalah dekat blog mana satu. Ni bila dah tengok kat sini, teringinlah pula nak tengok full cerita ni. Sukalah pula tengok si Mira Filzah dalam cerita ni. Nampak sweet je dia dalam cerita ni, dalam tak sedar kita pun tumpang tersengih sekali dah 🤭🤭 


Sinopsis My Future Husband Lakonan Mira Filzah, Amy Mastura, Sean Lee, Malek Mccrone

Mengisahkan Emily (Mira Filzah) yang bekerja di sebuah firma marketing di ibu kota. Dia teringin sangat nak tahu siapakah jodohnya yang sebenar apabila hubungan dengan teman lelakinya, Noh (Malek Mccrone) anak Tan Sri tidak direstui maknya (Amy Mastura) walaupun hubungan mereka telah terjalin selama 7 tahun. Bermacam cara dilakukan maknya agar hubungan mereka itu putus. 



Suatu hari, untuk memulihkan hubungan mak dan teman lelakinya itu, Emily telah mengatur satu temujanji antara mereka sempena ulang tahun kelahiran maknya dan juga ulang tahun perhubungannya tanpa pengetahuan kedua-duanya tapi lain pula jadinya. Kedua-duanya berkeras dengan pendapat masing-masing. Maknya kemudian memberi dia pilihan antara mak ataupun teman lelakinya. Kecewa dengan apa yang berlaku, dia secara tak sengaja bertemu dengan seorang makcik ni (Rozita Che Wan). Makcik itu menasihatinya supaya menerima kenyataan dengan apa yang berlaku untuk masa depan sambil menyerahkan sebuah jam pasir. 


Keesokan harinya setelah tersedar dari tidur, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki, suaminya dari masa depan! Atta (Sean Lee). Mereka akan bersama selama sebulan. 


Jadi kalau nak tahu apakah yang akan berlaku seterusnya kenalah sama-sama tengok cerita ni yer.. 





 





Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. sadly drama melayu doesn't really caught me these days but i wanna try it again.

    BalasPadam
  2. mcm menarik je drama ni. kena tengok la sbb ada Amy Mastura n Che Ta..heheheh

    BalasPadam
  3. sean lee ni dah byk berlakon drama malay kan ! i love it

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com