Betul Ke Sedap Keropok Tokma ni ?? - Ciktie Dot Com

Breaking

adsense 7hb11

Jumaat, 12 Mac 2021

Betul Ke Sedap Keropok Tokma ni ??


Sebelum ni memang tak pernah dengar pun tentang keropok tokma ni. Kalau macam kerepek tu adalah.. macam-macam jenis ada. Sira, kosong, masin, manis..ha bagitau aje nak yang macamana. Tapi yang keropok ni memang ciktie tak pernah tahu langsung. Keropok viral Tokma!


Betul Ke Sedap Keropok Tokma ni ??

Nak dijadikan cerita dalam bulan lepas camtulah. Keluar pos barang dengan sorang officemate ni. Kebetulan pula masa tu dia pun nak ambil stok keropok ni. Haaa dari situlah sebenarnya ni. Merasa jugalah orang kata keropok tokma ni. Lain orang lain citarasanya kalau korang nak cuba dan nak dapatkannya boleh hubungi Lina dekat >> SINi <<


Packaging ia memang nampak lawa sangat. Kemas dan cantik je. Tak macam keropok yang pernah ciktie cuba sebelum ni. Sekali imbas dah macam keropok segera dah. Tapiii jangan tertipu yer yang ni belum goreng lagi. Nak makan kena goreng dulu okay 


Keropok Tokma 

Keluaran tempatan dari Kampung Jambu, Kota Bharu menggunakan isi ikan parang dari ikan segar. 




Diperbuat daripada ikan segar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.  Bagi ciktie ok, not bad jugalah. Nipis macam keropok udang camtulah.. sekali ngap je tapi ciktie sebenarnya lebih sukakan keropok biasa jenis yang tebal tu. Cicah pula dengan air kopi pekat perghhh mau makan tak berhenti tu. Tapi yang ini pun ok cuma cepat masuk angin sikit kot a.k.a lemau kalau dibiarkan camtu lama sikit tanpa disimpan dalam bekas tertutup. Ialah keropok kalau dibiarkan camtu mana tak masuk angin kan 😅






Apapun dari segi rasa, ok tak mengecewakan..ramai yang suka. Baik kanak-kanak ataupun orang dewasa. Haa bagi korang yang nak cuba boleh hubungi terus Lina okay




2 ulasan:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************