Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar

Mac 04, 2021

Memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik semestinya menjadi idaman setiap orang terutamanya mereka yang bergelar wanita. Jadi tidak mustahillah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan impian yang satu ini. Bagi memenuhi dan merealisasi impian ini juga, Cosmoderm telahpun melancarkan rangkaian produk terbarunya, Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced penghujung bulan Januari hari tu. Didatangi dalam packaging yang cukup menarik dengan warna yang begitu mempersonakan. Merah jambu! Siapa yang memandang semestinya begitu teruja, termasuklah ciktie sendiri.


Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran  | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar

Dihasilkan daripada rumusan terbaru kombinasi Prebiotic dan Calamine yang bertindak membantu melegakan dan menenangkan kemerahan pada kulit (membantu merangsang pertahanan semulajadi kulit), membantu mencerahkan kulit dan memastikan microbioma kulit seimbang agar kulit kita kelihatan lebih berseri, cantik dan sihat dari dalam.

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Apa itu Prebiotic dan Calamine yang terkandung dalam Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced??

PREBIOTIC

Lebih dikenali sebagai makanan untuk Bakteria Baik untuk sistem eko kulit mikro kita yang membantu : 

  • Merangsang pertahanan semulajadi kulit wajah
  • Meningkatkan sinaran kulit 
  • Mengekalkan mikrobiome keseimbangan kulit.


CALAMINE 

digunakan untuk : 

  • Meredakan kerengsaan & kegatalan kulit 
  • Mengurangkan kemerahan dan minyak pada kulit
  • Mengurangkan  kesan selaan/ kesan terbakar terhadap sinaran matahari.


Didatangi dengan pakej lengkap yang cukup mudah. Mempunyai 4 produk semuanya dan setiap satunya telah ditandakan ataupun dilabel dengan turutan langkah yang sepatutnya. Yang paling best, ianya selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah jenis kulit sensitif mahupun kulit kering. Berminyak, normal ataupun kombinasi lagilah boleh guna. Kiranya satu pakej untuk semua orang ! tak perlu susah-susah nak fikir dah nak guna yang mana.


4 langkah mudah Cosmoderm Perfect Balanced

#1 : Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser 

Ia bertindak membersihkan kulit wajah secara mendalam hingga ke liang pori dan juga membantu penyerapan nutrien pada kulit agar kulit kelihatan lebih sihat, segar dan berseri.


Bebas tanpa Paraben, Fragrance, Artifical Colorant, SLS/SLES dan telah diuji secara Dermatologi. Teksturnya memang kurang buih.



#2 : Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

Bertindak mengimbangi pH kulit, membaiki serta melembapkan kulit. Juga tidak mengandungi paraben dan telah diuji secara dermatologi. 


Diformulasikan dengan calamine dan 20,000ppm prebiotik yang berfungsi melegakan kemerahan, meningkatkan kelembapan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan juga pertahanan semulajadi untuk mengekalkan kesimbangan mikrobioma kulit. 


Apapun sebelum menggunakannya, pastikan korang goncangkannya terlebih dahulu sebelum meratakan pada kulit wajah. 


#3 : Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Yang ini pula cream wajah yang bertindak membantu mengurangkan kemerahan, mencerahkan kesan cela dan memberikan kelembapan pada kulit. Selamat digunakan dan telah diuji secara dermatologi. Bebas dari Praben, Fragrance dan artifical color. Diformulasikan dengan Calamine pekat 30,000ppm yang bertindak menenangkan dan melegakan kulit disamping membaiki struktur kulit.


Teksturnya agak tebal sedikit. 



#4 : Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++

Ok, yang terakhir ini pula adalah Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++. Ia bertindak melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang sangat membahayakan kulit serta melembabkan kulit dalam masa yang sama. Teksturnya memang best ! Cepat meresap. 


Ok inilah 4 set lengkap yang terkandung dalam koleksi Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ini. Cukup lengkap cukup mudah. Nak kongsi guna dengan adik-adik pun boleh tau.




Dapatkan Koleksi Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Jadi untuk korang yang ingin mencuba  koleksi terbaru Cosmoderm Perfect Balanced ini, korang boleh dapatkannya di semua rangkaian Watson, Guardian, Aeon Wellness seluruh Malaysia ataupun dapatkannya secara online di www.cosmoderm.com.my ataupun di Shopee Cosmoderm Offical Store.


Untuk info lanjut boleh layari

Website | Facebook | Instagram



 





Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Sebelum ni pernah pakai one produk pakai prebiotik. This one bagus juga sesuai utk yg ada ekzema..suka pakaging dia.

    BalasPadam
  2. nampak dia punya texture soft and nipis je kan

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Like Us