Apasal Ending Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Camtu Je ??

Mac 18, 2021

Habis dah drama cinta berhantu ni kalau tak mau hari-hari duk melayan. Tapi dengar kata ramai yang tak puas hati dengan ending drama ini yer? Ciktie sendiri pun baru je berkesempatan nak melayan episode last ni. 


Apasal Ending Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Camtu Je ??

Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri 

Mengisahkan tentang Laila (Sharifah Sakinah) yang menyintai Ezlan (Adi Putra) sepenuh hati sehingga sanggup melakukan apa sahaja tetapi Ezlan hanya menyintai Raihani (Nadia Brian) walaupun dia tahu maknya (Aznah Hamid) tidak menyukai pilihan hatinya itu.


Apasal Ending Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Camtu Je ??


Keputusan Ezlan mengawini Raihani menyebabkan Laila bertambah kecewa dan terluka ditambah pula dengan kematian maknya pada hari Ezlan dan Raihani berkahwin. Untuk mengubati kekecewaannya itu dia bertemu dengan mak saudaranya, Cik Embun (Lana Nordin) di bandar. Seorang pengamal dan pemakai untuk kelihatan lebih cantik, muda dan berkuasa. 


Kebahagiaan keluarga Ezlan dan Raihana yang dikurniakan 2 orang anak mula goyah sejak kemunculan semula dia ke kampung. Dia membawa seribu mistik dan menyimpan dendam yang telah lama terpendam akibat cintanya yang tidak terbalas. Termakan pujukan sepupunya, Ezlan ke bandar untuk mengubah nasib keluarganya dan sepeninggalannya dia mengamanahkan adik sepupunya, Pian (Atiq Azman) untuk membantu isteri dan maknya. Dan disebabkan rasa bertanggungjawab itu jugalah, Pian berusaha untuk membantu memulihkan kembali hubungan abang sepupu dan kakak sepupunya itu setelah bila menyedari perubahan pada abang sepupunya itu. Tapi lain pula jadinya. Hmmm tapi pelik juga yer..sesenang je main masuk keluar rumah dan bilik orang camtu. Mestilah orang fikir yang bukan-bukan kan. Dah jadi salah faham mata yang memandang. 


Ok, setelah berjaya mendapatkan Ezlan sekaligus meruntuhkan rumahtangga Raihani. Ezlan yang kecewa kerana beranggapan Raihani telah curang dibelakangnya bersama adik sepupunya telah membawa anak-anaknya tinggal bersamanya di bandar selepas berjaya mengarahkan Raihani untuk menyerahkan hak penjagaan anak kepadanya.


Disebabkan salahfaham dan untuk menutup aib keluarga dari tersebar, Raihani dan Pian terpaksa disatukan tanpa kerelaan masing-masing. Walaupun pada awalnya Pian tidak bersetuju dan berkeras tapi lama kelamaan dia mula menyintai isterinya itu. Berlainan pula dengan Raihani yang berterusan tidak dapat menerima Pian yang telah dianggap adik kepadanya. 



Tapi last ending tu, apasal matikan watak Pian tu. Ending ia macam tak bestlah. Macam tu je.. ni betul-betul tergantung. Laila mati kemudian dihidupkan semula untuk balas dendam oleh cik embun. Ezlan dan Raihani pula dapat bersatu semula. Kira happy ending ke camtu πŸ€”πŸ€” Kalau watak Ezlan yang dimatikan, ok juga. Kira semua tak dapat. Lagipun Ezlan tu bukannya baik sangat pun.. 


Tapi kira bolehlah.. cerita 15 episode inipun dah habis.



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. ramai yang tak puas hati endingnya ya... starting nampak best... dah hujung2 nampak huru hara pula

    BalasPadam
  2. even ramai tak puas hati tapi nak tgk juga

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com