Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Dengan Produk Wangian AFY haniff

Oktober 19, 2019
Hai, assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Buat apa tu? Haa masih sibuk dengan tugasan harian ke. Alahai kesiannya. Tengah banyak kerja ek. Ciktie nak tolong pun macam tak mampu aje ni. Tolong tengok ajelah yea. 

Sekarang ni musim orang tak sihat terutamanya anak-anak kecil. Majoriti tiap-tiap rumah mesti ada kalau bukan demam, batuk tak pun selsema. Risau juga takut terkena demam denggi ke apa. Bila dah jadi camtu mulalah keadaan rumah macam tokang pecah. Tak larat nak kemas, nak bangun. Tapi apa pun korang kena hati-hati ye karang ada pula tetamu tak diundang. Nak-nak nyamuk..lipas camtu, memang gemar sangat lah tempat dan persekitaran yang gelap. Haa lagi satu korang kehadiran cik ti yang berekor tu pun kena berwaspada juga. Suka sangat lah persekitaran yang tak berapa nak bersih. Nak-nak pula banyak barang, banyak makanan. Mulalah nak merasmikan dulu.



By the way,  sebenarnya ciktie nak kongsikan tentang satu program khidmat masyarakat di antara AFY haniff bersama McDonald's dan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku belakang tabir pada 24 September 2019 yang lalu bertempat di Rumah Ronald McDonald, HUSM Kubang Kerian. Bukan main meriah lagi ciktie tengok aktiviti yang diorang lakukan bersama hari tu. Nasib lah hari tu ciktie tak berpeluang untuk turut serta, kalau tak mesti lagi meriah.



Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Dengan Produk Wangian AFY haniff

AFY haniff!! Rasanya semua orang dah tahu dah tentang produk 100% keluaran bumiputera muslim ni. Memang tak perlu di perkenalkan lagi kerana ianya sudah cukup terkenal dengan formula organik berasaskan tumbuhan semulajadi (intipati serai) yang dapat menghalau serangga samada di rumah ataupun dimana-mana sahaja kita berada terutamanya pada ruang ataupun tempat tertutup. Sekali gus memastikan persekitaran kita sentiasa dalam keadaan bersih dan segar sentiasa.


Serai wangi

Selamat digunakan dan tidak meninggalkan apa-apa kesan berbahaya ataupun mengandungi apa-apa bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. Memang amat-amat menyakinkan. Buktinya pada hari ini selepas 13 tahun bertapak dari tahun 2006, produk keluaran AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd ini telah berjaya berada di lebih 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand. Wow banyak tu! Memang tak sukarlah untuk mendapatkannya. Pasar raya seperti Giant, Mydin, Tesco, UO, The Store, NSK Trade City pun ada tau. Harganya pun berpatutan dan mampu milik lagi.

Rupanya produk AFY haniff yang cukup sinonim dengan panggilan serai wangi ini telah di jenamakan semula daripada SERAI WANGI kepada SWiPEL. Ciktie memang tak pernah perasan pun perkara ini sebelum ini. Apapun tahniah kepada semua team AFY haniff di atas penjenamaan semula produk mereka. Semoga produk mereka akan terus memberikan manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah, amiin.





Memandangkan baru-baru ini team AFY haniff telah mengadakan program gotong-royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Dan aktiviti ini pula adalah hasil kerjasama pertama kalinya di antara AFY haniff dan juga McDonald’s dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir yang turut sama menjayakan event itu. Ciktie nak kongsi sikit info tentang AFY haniff ni. Ianya telah bertapak di Telok Mas, Melaka. Diasaskan oleh Tuan Haji Yunus tapi sekarang telah diterajui oleh anaknya, Encik Amirul Firdaus. Produk keluarannya merupakan produk yang dikhaskan untuk sesi keluarga.





Berbalik kita kepada program khidmat masyarakat tu, selain bertujuan untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald ia juga adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk Bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran team AFY haniff ini sedikit sebanyak telah dapat meringankan bebanan adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mereka mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.





Agenda yang dirancang seawal 9 pagi itu telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Dan antara aktiviti yang telah dilakukan pada hari itu termasuklah agenda mendapatkan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald seperti barangan elektrik, peralatan memasak, penambahan stok makanan kering dan makanan basah.





Tapi apa yang lebih menariknya lagi adalah aktiviti memasak dan makan bersama tu. Ia sekaligus memupuk semangat bekerjasama selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan juga boleh menambahkan kenalan sesama sendiri.



Menjelang petang barulah aktiviti kemuncak agenda mewangikan Rumah Ronald McDonald dilakukan. Jelas kelihatan masing-masing begitu teruja mencuba sendiri produk yang dibawa khas dari Melaka tu. Dan antara produk yang dibawa khas itu adalah seperti Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff, Pencuci Lantai SWIPEL, Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff, Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff, Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff dan banyak lagilah.








Sebelum terlupa, ciktie nak kongsikan  4 jenama ataupun barangan keluaran AFY haniff Group (M) SDN BHD iaitu:-
  • SWiPEL - penyembur serai wangi, pembersih lantai, lilin penghalau, kiub anti tikus, kiub anti lipas, minyak penghalau nyamuk.
  • DMENC- Penyegar fabrik dan pewangi kerata dan bilik.
  • 40 DAYS - pencuci pinggan dan cenderahati
  • PLASH - pencuci tangan (handwash) dan cenderahati.



Sebenarnya selain mengadakan program gotong-royong mewangikan rumah, pihak AFY haniff juga turut menyumbangkan sumbangan dalam bentuk barangan kepada penghuni Rumah Ronald McDonald yang berada di situ. Sumbangan berupa wang ringgit juga turut diberikan secara on the spot kepada salah seorang waris pesakit pediatrik yang berusia 5 tahun yang terlantar akibat dilanggar kereta.



Semoga semua ahli keluarga adik ini terus tabah dan kuat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita doakan yang terbaik buat adik kita ini.
















Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. Bestnya dapat buat aktiviti macam ni! First time tahu pasal jenama ni. Bagusnya pihak AFY Haniff ni menderma kepada yang memerlukan.

    BalasPadam
  2. Banyak kan produk AFY haniff ni...suka dengan bau serai dia

    BalasPadam
  3. bagus usaha murni sebegini..sememangnya harus dipuji..:)

    BalasPadam
  4. bagusnya team afy haniff ni sanggup turun padang sama2 nak bantu keluarga di rumah ronald mcdonald ni. semoga usaha murni mereka boleh menjadi ikutan untuk yang lain.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com