CARA SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI MINYAK - Ciktie Dot Com

Breaking

Thursday, October 24, 2019

CARA SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI MINYAK


Alhamdulillah, berjaya juga update entri kali ni. Kalau tak asyik sekerat sekerat je taipnya pun. Bila nak siap pun tak tahulah.

By the way, kelayakan program subsidi minyak (RM30/sebulan untuk kereta dan RM12/ sebulan untuk motosikal) pun dah boleh semak dah. Ia telah mula dibuka mulai 15 Oktober 2019 hari tu. Siapa-siapa yang layak, pembayarannya akan dibuat mulai bulan April 2020 melalui akaun bank yang tertera dalam sistem ataupun portal itu.



Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayarannya, ia akan dibayar 4 bulan sekali (dari bulan Januari hingga April). Maknanya nanti bulan April tu siapa yang layak akan menerima Rm 120 (Rm30x4bulan) kalau tak silap bagi mereka yang mempunyai kereta dan Rm 48 (Rm12x4bulan) bagi mereka yang mempunyai motorsikal. Kiranya ia bergantung kepada kelayakan yang kita dapat. Had pemilikan kenderaan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal. Itupun bergantung kepada kapasiti enjin pula ye.



Kelayakan Program Subsidi Minyak ini terbahagi 2 :-
  • Penerimaan Bantuan  Sara Hidup (BSH) 
  • Bukan Penerima Bantuan  Sara Hidup (BSH) 

KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI MINYAK

  1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
  2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar (Daftar dengan JPJ) dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah. 
  3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal;
  4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasi enjinnya.

Bagi korang yang TIDAK LAYAK tetapi memenuhi syarat boleh terus je buat rayuan melalui portal ini. Klik aje button Ingin Merayu bawah tu (untuk isi rumah berpendapatan kasar rm 4000 kebawah). Kemudian isikan nama, no.akaun, bank dan simpan.  Kalau tak silap juga, rayuan ini pun sudah boleh dibuat mulai 15 Oktober 2019 hari tu lagi dah.



Jadi korang yang mana yang belum semak boleh semak >> SINI << Caranya senang je. Tak clear, boleh rujuk bawah ini ye

CARA SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI MINYAK 


  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tick kotak Saya Faham Dan Bersetuju
  • Klik semak
  • Paparan maklumat status kelayakan penerima akan dipaparkan

Mudah aje kan? So, tunggu apa lagi korang. Jom semak sekarang.






No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************